Info Terkini

Uwweeekkk!! Kembang Pipi Ini Tengok Minah Mat Salleh Makan Dalam Mangkuk Tandas. Sungguh Jijik Perlakuannya.

Sebuah akaun Twitter bernama @TaylorODore telah memuat naik foto temannya yang ketika itu menggerai rambut coklatnya. Entah apa maksud mereka memuat naik potret tersebut. Tapi yang jelas mereka melakukan perkara itu di tengah-tengah sebuah acara.

Imej dari @TaylorODore

Pada masa itu saudara kandung Hannah sedang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 di sebuah hotel di Seattle, Amerika Syarikat. Umumnya dalam sebuah acara ulang tahun, pasti ada banyak makanan yang dihidangkan.

Tetapi pada masa itu, kumpulan perempuan tersebut memutuskan untuk memasak mi segera untuk dimakan bersama-sama. Setelah menikmatinya, mereka tidak menyangka ada lagi mi segera tersebut bersisa.

Sebenarnya mereka boleh saja membuang mi tersebut ke dalam tong sampah. Tetapi Hannah dan teman-temannya tidak melakukannya. Mereka lebih memilih membuang mi itu di kloset. Secara tiba-tiba Hannah mendapat satu ide 'cemerlang' melihat mi segera yang bertaburan di kloset itu.

Imej dari @TaylorODore

"Aku ingin bergambar dengan mi itu seolah-olah diriku sedang memakan mi segera menggunakan bidet sebagai wadahnya," jelas Hannah.

Sebenarnya perkara ini hanya sebagai lawak jenaka saja ketika beliau memuat-naik di akaun Twitter peribadinya. Ia menyertaka keterangan.

"Ketika gilirannya untuk mencuci pinggan tetapi semua pinggan mangkuk di rumahmu kotor kecuali yang satu ini".

Tidak disangka, foto itu banyak di re-tweet hingga ribuan kali. Foto itu bahkan telah dilihat oleh ibu bapanya dan saudara mereka.

"Orang tuaku berkata bahawa aku sangat kotor," kata Taylor.

Imej dari @TaylorODore

Tetapi baik Taylor dan Hannah tetap menerima semua respon dari netizen. Ada yang tertawa dan ada pula yang merasa jijik.

Sumber : bali.tribunnews.com


No comments