Info Terkini

WoW!!Banyak Sungguh Wang Yang Budak Ini Temui. Apa Anda Akan Lakukan Jika Berada Ditempatnya? Adakah Anda...

Seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun,  Griffin Steele telah menjadi bahan buah mulut orang ramai selepas mendapati sebuah beg plastik di tempat sampah.

Menyiarkan dari laman The Sun, beg plastik yang ia temukan di Pom Bensin, Jalan Coventry, Birmingham, England pada 28 Januari lalu itu sebenarnya mengandungi wang. Jumlah wang yang ia dapatinya itu sangat banyak. Ia terdiri daripada pecahan $20 dan $50.

Foto dari The Sun

Griffin mendakwa plastik yang beliau temukan tersebut tersimpan rapi di tong sampah. Beliau juga melihat plastik itu ketika ayahnya, Shane Steele sedang mengisi petrol kereta di Pom Bensin, Coventry Road.

"Ketika itu saya dahaga jadi saya pergi ke minimarket dulu. Tapi semasa saya berjalan saya melihat wang tapi berwarna agak merah," kata Griffin.

Di tengah perjalanan inilah beliau melihat wang itu. Griffin juga telah melaporkan penemuan ini kepada pegawai Pom Bensin. Bapanya juga telah pun menelefon talian kecemasan untuk melaporkan penemuannya itu.

Dalam siasatan yang dijalankan, jika wang tersebut merupakan hasil rompakan yang berlaku di Conway National Bank pada hari Isnin, 23 Januari lalu dan Bank TD pada Sabtu 28 Januari.

Polis mengesyaki Brian Humphries 35 tahun, Jr. yang menjadi pelaku rompakan bank itu. Tapi sehingga kini suspek masih lagi bebas.

Lalu, wang hasil penemuan Griffin ini telah disita oleh pihak polis sebagai barang bukti rompakan yang telah berlaku.

Foto dari The Sun

Sumber : Surya Malang


No comments