Info Terkini

[Kasihan!!] Anak Di"SALIB" Kerana Tidak Siapkan Pekerjaan Rumah.

Kita pernah melihat bagaimana jiran tetangga memberikan denda kepada anak mereka atas apa kesilapan yang dilakukan. Tidak kiralah kesalahan tersebut seperti tidak solat, mencuri barangan orang, bergaduh dengan rakan-rakan mereka dan sebagainya.

Setiap ibu bapa sememangnya mempunyai cara yang berbeza dalam memberikan hukuman. Cuma hukuman yang dikenakan ke atas anak mereka janganlah mengikut hawa nafsu sehingga mendera tubuh badan mahupun mental mereka.

Foto dari Daily Mail

Tetapi kisah sadis ini yang berlaku di daerah Yongchuan, Kota Chongqing, China ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat seorang anak kerana dihukum oleh ayahnya yang boleh dianggap melampau. Apakah kesalahan kanak-kanak tersebut? Kerana tidak menyiapkan perkerjaan rumah lalu si ayah telah mengikat anaknya seperti di"Salib"

Kanak-kanak yang dikhabarkan berusia 10 tahun itu dilihat berlutut di atas sebuah keranjang plastik dengan kedua-dua kaki dan tangannya diikat di sebuah salib kayu.

Menurut jiran-jirannya di situ, ayah kepada kanak-kanak itu yang tidak diketahui identitinya sedang bekerja di salah sebuah kedai buah-buahan di barat daya China, ia juga dikenali sebagai seorang ayah yang sangat tegas dan keras dalam mendidik kedua-dua anaknya.

Hukuman tersebut terjadi setelah guru dari anaknya tersebut melaporkan bahawa anaknya tidak membuat tugasan sekolah di rumah, maka si ayah yang begitu kesal telah menghukum anaknya dengan cara disalib. Namun hukuman tersebut hanya berlangsung beberapa jam saja.

Oleh yang demikian, harapan si ayahnya atas hukumana tersebut dapat membuatkan anaknya itu rajin mengerjakan tugasan sekolah yang diberikan guru di sekolahnya.

Seorang dari jirannya telah memuat-naik gambar hukuman tersebut ke media sosial dan tidak disangka, gambar tersebut tersebar hingga viral di laman-laman sosial.

Kata si ayah kepada kanak-kanak itu, apa yang dilakukannya itu bukanlah sesuatu yang serius dan gurauan semata-mata namun tidak menyangka pula ia akan mendapat perhatian sebegitu.

Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan sama ada bapa kepada kanak-kanak itu disiasat oleh pihak polis atau tidak berhubung tindakan yang dilakukannya itu.

Sumber: Daily Mail


No comments