Info Terkini

MENGAPA HAKIM SELALU PAKAI WIG PUTIH SEMASA PERBICARAAN DI MAHKAMAH?

Pernahkah anda menghadiri atau menjadi pemerhati dalam perbicaraan di mahkamah? Ada yang pernah dan ada yang tidak. Tetapi pernahkah anda perasaan atau tidak si hakim yang bijaksana selalunya mengenakan rambut palsu berwarna putih atau lebih dikenali sebagai 'wig'? Mungkin di mahkamah masih lagi mempraktiknya hingga sekarang atau sebaliknya mengikut arus moden yang mana tidak memerlukan wig lagi.


Jika anda seorang yang menggemari filem-filem barat apalagi filem yang berkaitan sesuatu kerajaan dan cerita klasik lainnya, pasti anda melihat para raja dan pegawai tertingginya memakai wig putih keriting yang boleh kita katakan agak pelik. Tetapi di Australia dan Britain, para hakim, peguam mahupun pendakwaraya masih memakainya sehingga kini. Adakah ia menjadi suatu kemestian kepada mereka dan jika tiada wig, perbicaraan tidak boleh diadakan? Inilah sejarahnya.

Bermula seawal pemerintahan Raja Louis XIII, Perancis. Monarki Perancis telah lama menderita sejenis penyakit keturunan yang boleh membotakkan kepala dan ini sedikit sebanyak memalukan mereka. Penat dek kerana selalu diejek oleh Raja Inggeris, Louis telah menggunakan wig badass untuk menunjukkan bahawa dia adalah raja yang paling 'GAH' di sekitar. Tidak lama kemudian, gaya tersebut telah menjadi suatu kebiasaan di istana dan hinnga sebahagian besar raja telah menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan yang pastinya kita tidak tahu adakah mereka benar-benar botak atau sebaliknya.



Perancis yang bukan sahaja menjadi pusat kebudayaan Eropah sekitar kurun ke-17, sebahagian bangsawan mencuba untuk mengalahkan satu sama lain, wig yang ada pada ketika itu disebut sebagai perukes atau periwigs. Ia menjadi satu trend dan luar biasa. Perkara ini menyebabkan banyaknya industri  pembuat wig, yang membangunkan syarikat mereka sendiri pada tahun 1665. Wig menjadi seperti sebahagian dari kehidupan dan budaya masyarakat yang ingin dilihat sebagai golongan menengah atas.

Trend wig putih itu mulai hilang sejak Revolusi Perancis. Tapi sehingga ketika itu, fenomena rambut palsu telah menjadi salah satu fesyen yang terlama dan paling aneh dalam sejarah Eropah. Semua ini disebabkan oleh Raja Perancis telah sedar diri akan kebotakan yang dialami mereka.


Alasan para hakim di Inggeris juga masih lagi memakai wig sehingga sekarang adalah kerana ingin menjagai tradisi kerajaan.

Sumber : ferrinajayafashion.blogspot.my


No comments