[KASIHAN!!] RAMAI PENUMPANG ETS TIDAK KESAMPAIAN DESTINASI, GERABAK KARGO KELUAR LANDASAN
Kira-kira 12,000 penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) hari ini terjejas ekoran insiden tren kargo tergelincir di KM200.332 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah awal pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ridhwan Arshad berkata sebanyak 40 jadual perjalaan ETS iaitu dari Gemas-Kuala Lumpur-Padang Besar menghadapi kesulitan hari ini berikutan kejadian itu.
"Laluan sepanjang 35 kilometer iaitu dari Kampar ke Ipoh telah dihentikan selama 48 jam bagi kerja membaik pulih," katanya kepada pemberita di Stesen Keretapi Batu Gajah, hari ini.
"Penumpang yang tidak berhasrat meneruskan perjalanan boleh menebus semula wang tiket di mana-mana kaunter KTM berhampiran atau menghubungi talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my," katanya.
Beliau berkata penjualan tiket ETS masih berjalan seperti biasa dan perkara itu telah dimaklumkan kepada semua penumpang menerusi pelbagai medium termasuk hebahan radio, kenyataan di lawan sesawang serta poster di kaunter stesen kereta api.
Dalam pada itu, Ketua Operasi KTMB S. Mahendran berkata setakat ini kerja mengalih gerabak kereta api yang tergelincir sedang giat dijalankan.
"Ketika ini adalah waktu cuti sekolah dan cuti perayaan Deepavali, jadi kita akan mencuba sedaya upaya mempercepatkan kerja membaik pulih.
"Bagaimanapun, kita jangka ia akan mengambil masa 48 jam untuk membersihkan satu laluan landasan serta memerlukan masa yang agak lama bagi memulihkan semula bekalan elektrik di laluan terbabit untuk membolehkan perjalanan ETS berjalan seperti biasa," katanya.
"Polis, bomba dan KTMB sedang menjalankan kerja pemulihan serta menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.
Kereta api kargo yang membawa 40 gerabak kosong dengan dua enjin lokomotif dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menuju ke Tasek, Ipoh untuk mengambil simen.
Dalam kejadian itu, dua lokomotif dan 25 gerabak telah tergelincir dan menghalang laluan utara dan selatan.
Menurut Ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak, Mohd Khairul Jamil, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Dua pemandu tren itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun, mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
"Terdapat kebakaran kecil pada bahagian enjin gerabak dan anggota bomba hanya dibenar masuk ke lokasi setelah bekalan elektrik di kawasan itu ditutup," katanya.
Manakala tinjauan Bernama di Stesen Keretapi Ipoh mendapati ribuan penumpang yang sepatutnya menggunakan tren Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) bagi perjalanan ke utara dan selatan terkandas susulan kejadian itu.
Penumpang yang ingin ke selatan akan menaiki tren dari Stesen Keretapi Kampar manakala bagi perjalanan ke utara, penumpang diberhentikan di stesen tersebut dan dibawa ke Stesen Keretapi Ipoh dengan bas.
Seorang penumpang, S Sathia, 30, berkata dia dan isterinya yang ingin pulang ke kampung di Kulim, Kedah, untuk merayakan Deepavali, terkandas sejak pukul 9 pagi tadi.
"Saya beli tiket sejak tiga hari lalu dan sepatutnya hari ini saya menaiki tren pukul 9 pagi tadi dan tiba di Butterworth pada pukul 11.25 pagi.
"Apabila dapat tahu tentang kejadian ini, saya ambil keputusan untuk menaiki bas tetapi tiket bas sudah habis, jadi saya akan tunggu di sini kerana saya dimaklumkan hanya satu landasan sahaja yang boleh digunakan di Batu Gajah," katanya.
SThangamani, 60, pula berkata dia akan menaiki tren dari Stesen Keretapi Kampar kerana mahu menyambut Deepavali di rumah keluarganya di Tampin.
"Macam mana sekalipun saya tetap akan pulang ke kampung hari ini untuk jumpa keluarga sebelum bercuti ke New Zealand awal November ini," katanya, yang turut membawa muruku dan biskut untuk dibawa pulang ke kampung.
Sementara itu, tinjauan di Stesen Keretapi Batu Gajah mendapati lebih 10 penumpang yang telah membeli tiket dan rata-rata dijadualkan menaiki ETS pada pukul 11.10 pagi, terpaksa menunggu bas yang disediakan oleh KTM untuk ke Stesen Kampar.
Nurhayati Jamil, 42, berkata pada mulanya dia agak risau kerana sudah membeli tiket sejak sebulan lalu, namun berasa lega setelah pihak KTM memberitahu bahawa mereka menyediakan bas untuk ke Stesen Kampar.
"Pihak KTM juga ada beri pilihan sama ada nak teruskan perjalanan atau refund (kembalikan) duit, tapi akak pilih untuk teruskan perjalanan kerana kalau nak beli tiket bas pun mesti dah habis," katanya.
Sumber : Bernama

ehubungan itu, katanya, penumpang yang ingin meneruskan perjalanan, KTM menyediakan perkhidmatan bas transit dari Stesen Keretapi Ipoh ke Stesen Keretapi Kampar bagi penumpang yang datang dari utara manakala penumpang dari selatan akan menaiki bas dari Stesen Keretapi Kampar ke Stesen Keretapi Ipoh.
"Penumpang yang tidak berhasrat meneruskan perjalanan boleh menebus semula wang tiket di mana-mana kaunter KTM berhampiran atau menghubungi talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my," katanya.
Beliau berkata penjualan tiket ETS masih berjalan seperti biasa dan perkara itu telah dimaklumkan kepada semua penumpang menerusi pelbagai medium termasuk hebahan radio, kenyataan di lawan sesawang serta poster di kaunter stesen kereta api.
Dalam pada itu, Ketua Operasi KTMB S. Mahendran berkata setakat ini kerja mengalih gerabak kereta api yang tergelincir sedang giat dijalankan.
"Ketika ini adalah waktu cuti sekolah dan cuti perayaan Deepavali, jadi kita akan mencuba sedaya upaya mempercepatkan kerja membaik pulih.
"Bagaimanapun, kita jangka ia akan mengambil masa 48 jam untuk membersihkan satu laluan landasan serta memerlukan masa yang agak lama bagi memulihkan semula bekalan elektrik di laluan terbabit untuk membolehkan perjalanan ETS berjalan seperti biasa," katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata dalam kejadian
pukul 3.15 pagi tersebut, seorang pemandu kereta api berumur 46 tahun
hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Batu Gajah manakala
pembantunya berumur 23 tahun tidak mengalami kecederaan.

No comments