Info Terkini

Wahh!! Sado Sungguh Badan Pelajar Lepasan SPM 2016 Ini. Mudah-mudahan Boleh Jadi Pengganti Sazali Samad.

Amat sukar untuk melihat seorang pelajar lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang memiliki badan 'SADO' ini. Ini kerana rata-rata yang kita lihat dan jumpai selalunya meminati sukan bolasepak, badminton dan sebagainya.

Gambar dari Instagram @fauzanmuscles

Tetapi tidak bagi Muhammad Fauzan Abd Rashid yang berusia 18 tahun telah menjadi bualan di media sosial kerana bertubuh sado. Beliau adalah pelajar lepasan SPM 2016 dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah, Kelantan meminati dan mencintai akan sukan bina badan ini.

Menurut beliau yang lebih dikenali sebagai Fauzan Muscles memberitahu bahawa sejak kecil lagi beliau telah didedahkan dengan sukan itu dan secara tidak langsung telah menarik minatnya untuk mempunyai bentuk badan yang kelihatan gagah itu.

Gambar dari Instagram @fauzanmuscles

“Bapa dan abang saya juga aktif ke gim untuk mendapatkan tubuh sasa. Jadi mungkin dari situlah, saya  terikut-ikut dengan hobi mereka seterusnya menjadikannya sebagai satu rutin wajib sehingga kini. Pada peringkat awal, saya tidaklah terlalu fokus.

“Namun pada usia saya 14 tahun, minat untuk memiliki tubuh badan sasa kian bercambah. Yang pastinya, saya berazam memberi inspirasi kepada anak muda menjaga penampilan dan kesihatan,” katanya yang turut menyertai beberapa pertandingan Badan Cantik sebelum ini.

Gambar dari Instagram @fauzanmuscles

Berkongsi regimnya bagi memantapkan kecergasan, pemuda setinggi 173 sentimeter ini menambah, setiap hari, dia memperuntukkan selama tiga jam untuk workout di gim demi memastikan kondisi badannya kekal sasa.

“Dalam seminggu, lima atau enam kali saya berada di gim dan menghabiskan masa lebih tiga jam sehari. Saya mahu beri motivasi kepada anak muda di luar sana. Tiada yang mustahil untuk kita capai sekiranya ada kesungguhan dan azam yang berterusan,” kata anak ketiga dari empat beradik ini lagi.

Pelajar ini juga mengakui terkejut kerana dalam sekelip mata, kisahnya menjadi viral hingga memberi impak tersendiri.

“Rasanya tiada apa yang istimewa. Saya hanya ‘buat badan’ sekadar minat, penuhi azam dan mahu memberi motivasi. Jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Apa pun, terima kasih kepada yang menyokong.

Gambar dari Instagram @fauzanmuscles

“Sokongan ini sebagai suntikan semangat untuk mengikut jejak langkah atlit bina badan terkenal negara, Sazali Samad yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat dunia, Insya-ALLAH,” akhiri Fauzan optimis.

Setakat ini, laman Instagram Fauzan iaitu @fauzanmuscles sudah pun mencecah 59,400 pengikut.

Sumber : sinarharian.com


1 comment :

  1. Perrrghhh giler punya sado .... seksi pakai baju sekolah dgn body macam tu.

    ReplyDelete