Info Terkini

HAIWAN PUN ADA INSTAGRAM. FOLLOWER BANYAK PULAK TU MENGALAHKAN ARTIS MALAYSIA.

Di dunia ini sememangnya manusia memiliki haiwan kegemarannya yang tersendiri. Tidak kira individu itu memeliharanya atau sekadar melihatnya saja membuatkan hati kita lapang. Kadang-kadang, haiwan juga memberikan kesan terapi yang baik untuk kesihatan manusia.


Bagi individu yang memelihara haiwan kesayangannya, sudah tentu banyak selfie dibuat bersamanya untuk disimpan sebagai kenangan indah. Bagi menzahirkan penyimpanannya adalah kekal lama dan tidak hilang begitu sahaja, ada di antara mereka menggunakan media sosial seperti Facebook, Myspace dan tidak ketinggalan Instagram (IG) yang dikatakan platform kedua untuk penyimpanan dan perkongsian gambar sesama group atau rakan-rakan.

Di bawah ini adalah sebahagian haiwan peliharaan yang dikongsikan oleh tuannya untuk dikongsikan bersama rakan taulan di Instagram. Apa yang peliknya, haiwan tersebut mempunyai peminat malah pengikutnya yang tersendiri yang jumlahnya ada mencecah jutaan. Wow!! Sungguh memeranjatkan. Golongan artis dan selebriti pun kalah dalam memiliki pengikutnya.

1)  @snoopybabe


Snoopy, seekor kucing pesek yang pandai bergaya dengan pose-pose menarik. Snoopy juga mempunyai akaun dengan nama @snoopybabe dan mempunyai kira-kira 350 ribu lebih pengikutnya.

2) @tomiinya


Si kucing yang bernama Sol ini memiliki mata yang juling, namun begitu ia tetap menarik perhatian para pengguna Instagram. Bahkan, pemilik akaun @tomiinya ini mempunyai followersnya telah mencecah 140 ribu lebih.

3) @mensweardog


mensweardog adalah seekor anjing shiba yang digelar sebagai ‘The Most Stylish Dog in the World’. Dengan pakaian yang begitu santai dan segak ia mampu memiliki followersnya sebanyak 284 ribu.

4) @bunnymama


@bunnymama sebenarnya adalah akaun Instagram yang selalu memuatkan empat ekor arnab. Namun salah satu yang paling menarik mata memandang adalah arnab yang lucu bernama Moo. Bahkan, kelucuannya ia sudah memadai ada followers sehingga 849 ribu.

5) @darcytheflyinghedgehog


Darcy merupakan landak kecil dan "cute" adalah milik Shota Tsukamoto. Ia memiliki akaun Instagram dengan nama @darcytheflyinghedgehog dan followers hingga 300 ribu.

6) @trotterpup




Anjing bulldog fashionista ini memang sering menarik perhatian para followersnya malah pengunjung baru. Lihat apa saja penampilannya sangat bergaya dan realistik. Akaun Instagramnya saja kini sudah mencapai 200 lebih.

7) @ayasakai


Akaun Instagram @ayasakai, selalu memuat-naik gambar-gambar persahabatan antara anjing bulldog putih ini dengan seorang anak kecil. Followersnya kini mencapai 590 ribu.

8) @tunameltsmyheart


Tuna bukanlah seekor ikan, ia adalah nama seekor anjing deretan pertama yang memiliki followers paling banyak, iaitu 1,8 juta. Di akaun Instagram tersebut, pemilik kepada anjing ini selalu memuat-naik foto-foto Tuna sedang memakai pelbagai kostum unik.

Sumber : palingseru.com


No comments