Info Terkini

Terkejut!!! Satu Kampung Heboh Kerana Anak Lembu Mirip Bayi Manusia Dilahirkan.

Penduduk Gampong Alue Abe, Kecamatan Lhoksukon, Aceh Utara, dikejutkan dengan berita kelahiran seekor anak lembu dengan rupa yang aneh. Anak lembu tersebut lahir menyerupai seperti bayi manusia. Kejadian ini telah berlaku pada Rabu (08 Feb 2017).

Foto dari lst

Dari maklumat yang diperolehi dari penduduk tempatan, anak lembu yang mirip seperti manusia tersebut dilahirkan oleh induk betina milik M.Nur yang juga seorang penduduk tempatan kira-kira pukul 2 petang.

Foto dari kaskus.co.id

"Ada anak lembu dilahirkan itu mirip seperti bayi manusia. Bentuk kepala dan wajahnya mirip manusia, juga ada mulutnya. Tapi tidak lama selepas lahir, anak lembu itu sudah mati," kata Zulkifli (42), seorang penduduk tempatan di situ.

Menurutnya, kejadian yang jarang berlaku itu sempat mengejutkan penduduk lain di Kecamatan Lhoksukon.

"Sejak cerita itu merebak, ramai penduduk datang ke lokasi ini untuk melihat anak lembu aneh itu. Malah ramai penduduk yang seakan-akan tidak percaya dengan fenomena yang jarang berlaku ini," ujar Mukhlis (27), seorang pemuda setempat.

Pada masa dilahirkan, anak lembu yang mirip manusia tersebut tidak mempunyai kaki, juga memiliki ekor dan rambut (bulu kepala).

Foto dari kaskus.co.id

"Pada masa ini anak lembu tersebut sudah ditanam oleh pemilik kerana dibimbangi menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini," ujar Mukhlis.

Sumber: ajnn.net


No comments