Info Terkini

Hairan!! Tiada Bezanya Kita Di Sini, Pokok-Pokok Di China Pun 'Makan Nasi' Juga

Di Malaysia atau di mana-mana negara lain saja kita akan temui ramai yang mengambil makanan seperti nasi sebagai makanan ruji. Nasi adalah makanan yang membekalkan karbohidrat dan mineral-mineral lain yang boleh memberikan tenaga dan kekuatan untuk tubuh.

Foto dari CGTN

Tetapi di sini sebenarnya bukanlah untuk membicarakan berkaitan zat yang ada pada nasi tetapi kita akan lihat bagaimana ada spesis tumbuh-tumbuhan yang dikatakan memakan nasi.

Tumbuhan seperti pokok pada dasarnya tidak memerlukan makanan, mereka boleh hidup dan berkembang dengan menyerap sinar matahari, karbon dioksida, air, dan nutrisi dari dalam tanah melalui akar tunjang mahupun akar yang menjalar.

Tetapi yang peliknya berlaku di salah sebuah perkampungan di China, di mana pohon-pohon suka diberi makan nasi oleh warga tempatan di sini. Penduduk tempatan di Wilayah autonom Enshi Tujia dan Miao yang terletak di Wilayah Hubei, suka melakukan upacara tradisi iaitu memberi makan kepada pepohon dengan nasi yang diadakan pada setiap tahun dan kebiasaannya adalah ketika musim panas mengikut kalendar China.

Foto dari CGTN

Tradisi ini sebenarnya telah berlangsung sejak ratusan tahun lagi. Ini kerana mengikut adat dan kepercayaan penduduk di sini seandainya pokok-pokok diberi makan nasi, maka ia akan berkembang dan menghasilkan buah yang lebih bagus dan banyak.

Semasa memberi makan kepada pepohon dengan nasi, warga tempatan akan memulakannya dengan mengupas sedikit bahagian batang pokok dengan menggunakan sabit dan kemudian meletakkan nasi pada bahagian batang pokok yang sudah dikupas.

Bagi warga setempat tradisi yang dikatakan pelik bin ajaib ini dianggap dapat membawakan berkat yang lebih banyak. Tetapi bagi orang luar, tradisi ini dianggap sesuatu diluar pemikiran atau tidak dapat diterima oleh akal dan sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Ramai orang dari luar atau pelancong juga beranggapan sekiranya pokok-pokok tersebut tidak diberi makan dengan nasi kerana ia boleh bertahan hidup dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran alam.

Foto dari CGTN

Hai...pelik. Tapi itulah kepercayaan warga tempatan di situ.

Sumber: wowmenariknya.com


No comments