Moh Kita Terbang Ke Salar de Uyuni, Ada Cermin Raksasa Seluas Lautan Yang Boleh Buat Anda Tercengang Di Situ...Subhanallah!!
Salar de Uyuni. Satu tempat indah di salah satu sudut benua Amerika yang mana tempat ini merupakan dataran garam terluas di dunia. Ia menghampar megah bak cermin raksasa tanpa batas yang membuat kita seolah berjalan di atas permukaan langit.
Tempat ini juga mempunyai pemandangan yang sungguh mempesonakan dan sesiapa saja yang melihat gambarnya mahupun pemandangan pasti berkeinginan untuk datang lagi ke situ.
Bagaimana ia terbentuk?
Sekitar 40.000 tahun dahulu, ada sebuah danau besar pada prasejarah bernama danau Michin. Ketika danau ini mulai surut dan mengering, yang tersisa darinya hanya dua danau kecil, danau Poopo dan danau Uru-uru, serta dua gurun garam, iaitu Salar de Coipasa dan Salar de Uyuni.
Kini, Salar de Uyuni dikatakan mengandungi 10 juta tan garam. Dari situ warga setempat biasanya memperoleh 25 ribu tan garam setiap tahunnya. Di situ juga anda boleh melihat sekitar 80 spesies burung yang singgah dan bermigrasi di Salar de Uyuni.
Mitos Salar de Uyuni
Sebuah legenda suku Aymara mengisahkan bahwa gunung Tunupa, Kusku, dan Kusina yang mengelilingi Salar, dahulunya adalah raksasa. Tunupa mengahwini Kusku, namun Kusku pergi bersama Kusina. Tunupa yang sakit hati kemudian menangis sambil menyusui anak lelakinya. Konon, air matanya bercampur dengan air susunya dan terbentuklah Salar de Uyuni.
Memang terdengar seperti dongeng, namun masyarakat sekitarnya meyakini cerita di atas. Bahkan pula banyak juga yang memprotes dengan nama Salar de Uyuni. Nama tempat ini harusnya Salar de Tunupa kerana Tunupa dianggap memiliki kedudukan yang lebih tinggi.
Pemandangan alam yang sukar anda lupakan
Tempat yang mungkin sukar di nilai dengan wang dan perasaan di sini apalagi kalau bukan padang garam yang menghampar luas sejauh mata memandang. Rasanya seolah kita sedang berada di dalam bilik gambar. Gumpalan awan dari atas langit yang dipantulkan oleh cermin raksasa ini semakin menambah daya tarik. Batas antara langit dan tanah di bumi seolah menjadi kabur.
Tidak banyak tempat yang seperti ini di dunia. Salar de Uyuni boleh dikatakan sebagai salah satu tempat paling istimewa di muka Bumi. Tidak menjadi kehairanan jika pada akhirnya begitu banyak orang yang ke sini untuk membuktikan dengan mata kepala sendiri tentang kehebatan cermin raksasa terluas di dunia ini.
Bagaimana untuk sampai ke sana?
Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat dan salah satunya adalah bermula dari Ororo dengan menggunakan kereta yang memakan masa selama tujuh jam atau bas selama lapan jam. Cara lain yang boleh anda ikuti adalah dengan menaikki bas terus dari La Paz. Ibukota Bolivia, (12 – 15 jam). Terakhir, anda juga boleh menyewa kereta atau terbang dari La Paz ke Uyuni yang kebetulan mempunya bandar kecil.
Majoriti pembekal tur berasal dari bandar kecil di Uyuni. Langkah paling popular yang biasanya diambil oleh para pelancong apabila berkunjung ke tempat ini adalah dengan menggunakan kereta berjenis SUV. Para pembekal tur biasanya menyediakan satu kereta yang dapat memuatkan sehingga 6 orang pelancong pada satu-satu masa. Pakej tersebut sudah termasuk penginapan untuk beberapa malam mengikut keperluan.
Kerana cuacanya yang sejuk pada malam hari, anda dinasihatkan untuk membawa pakaian tebal. Ada satu tempat yang unik yang dikenali dengan nama hotel garam. Seperti namanya, bangunan ini diperbuat hampir sepenuhnya daripada garam! Di hotel ini, semua kemudahan seperti tempat tidur, meja, hingga tisu tandas diperbuat daripada garam.
Itulah, kisah sekelumit ciptaan Tuhan yang mengagumkan. Lokasinya yang memang jauh dan cukup asing di telinga kita. Namun, siapa tahu suatu masa nanti perpustakaan foto anda akan dipenuhi foto peribadi berlatarkan cermin raksasa ini.
Sumber : boombastis.com
Imej dari boomsbeat.com

No comments