Info Terkini

Huhhh!! Kini WhatsApp Hadirkan 2 Fungsi Berguna Untuk Anda. Silalah Godek-Godek Aplikasi Itu Ya.

Apa kejutan untuk teknologi chatting menggunakan pelan data pada tahun ayam ini. Nampaknya WhatsApp seolah-olah akan banyak menambahkan beberapa ciri-ciri baru.

Imej dari minutouno.com

Sejak beberapa hari lalu khabar ini sempat beredar jika aplikasi WhatsApp akan menghadirkan ciri baru yang akan menotifikasikan pengguna sekiranya percakapannya di-screenshot oleh pengguna lain. Jangan bimbang dan panik kerana berita tersebut adalah palsu.

Imej dari @WABetaInfo

Alih-alih menghadirkan ciri-ciri itu, aplikasi berbual terbesar ini akan menyediakan kepada penggunanya dengan dua ciri tambahan baru. Dua ciri baru ini seolah-olah sedang dalam proses eksperimentasi. Perkara ini diketahui setelah akaun Twitter @WABetaInfo terbocor rahsia screenshot-nya.

Imej dari @WABetaInfo

Salah satunya adalah "recall" dan "edit". Melalui ciri recall ini membolehkan pengguna untuk menarik kembali mesej yang sudah dihantar tetapi belum terbaca.

Imej dari @WABetaInfo

Jadi misal kata, ketika anda sedang berasa kesal dengan seseorang dan keceluparan dalam menghantar mesej yang mengandungi kemarahan, dan merasa menyesal telah menghantarnya. Kini melalui ciri baru ini mesej tersebut boleh anda tarik kembali tetapi dengan syarat bahawa kandungan tersebut belum dibaca oleh rakan chatmu.

Begitu juga ciri edit. Dengan ciri-ciri yang ini anda boleh menyunting mesej yang terlanjur sudah anda hantar kepada rakan anda.

Dua perkhidmatan ini memang sudah dimiliki terlebih dahulu oleh aplikasi BBM dan Telegram. Jadi ciri-ciri ini memang sudah bukan sesuatu yang baru. Tapi tidak menutup kemungkinan kehadiran ciri-ciri ini banyak diperlukan bagi pengguna WhatsApp kan.

Ciri-ciri terbaru lainnya adalah pencarian lokasi rakan. Lagi-lagi maklumat itu terungkap dari akaun Twitter @WABetaInfo membocorkan ciri baru tersebut.

Imej dari @WABetaInfo

Dengan ciri-ciri bernama Live Location Tracking tersebut, anda boleh mengesan lokasi anggota kumpulan secara real time. Namun pengesanan waktunya terhad hanya kira-kira satu hingga lima minit sahaja.

 Ciri-ciri ini juga boleh ditetapkan waktu penggunaannya. Jadi jika anda bimbang terhadap privasi anda dan tidak ingin orang lain dapat melihat lokasi anda. Anda juga boleh menetapkannya menjadi tidak aktif.

Imej dari @WABetaInfo

Apapaun ciri-ciri baru itu akan hadir di platform iOS dan Android dalam waktu dekat. Namun, sehingga kini masih belum diketahui bilakah ciri-ciri itu akan dilancarkan secara rasmi.

Sumber: brilio.net dan Yahoonews


No comments