Info Terkini

Woww!! Jangan Ingat Tudung Botol Tidak Berguna Tau. Dengan Tudung Botol Jugalah Rumahnya Kelihatan Cantik

Pada kebiasaanya kita akan membuang penutup botol bersama-sama bekasnya ke dalam tong kitar semula.

Foto dari Reuters/Илья Наймушин

Membuang sampah ke dalam tong yang disediakan mengikut kategori untuk tujuan kitar semula adalah baik dan ini secara tidak langsung kita memelihara alam sekitar dari berlakunya pencemaran yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Foto dari Reuters/Илья Наймушин

Foto dari Reuters/Илья Наймушин

Foto dari Reuters/Илья Наймушин

Namun ia pula berbeza dengan seorang wanita asal Rusia ini yang bernama Olga Kostina. Sikap dan pandangan positifnya kepada penutup botol telah memberikannya ilham sehingga dapat mengumpulkan 30 ribu jenis penutup botol dan seterusnya menghiasi dinding rumahnya.

Dalam menghiasi rumahnya itu, beliau telah menggunakan teknik macrame konvensional dan rajutan untuk membuat rekabentuk .

Sememangnya anda tidak akan menyangka, dengan penutup botol yang disusun rapi boleh menjadi karya seni luar biasa. di bawah ini adalah beberapa foto hasil buah tangan Olga Kostina.

Foto dari Reuters/Илья Наймушин

Sekecil-kecil penutup atau tudung botol ini ada kegunaannya. Jadi janganlah kita memandang sesuatu tidak kiralah ia adalah benda atau individu yang serba kekurangan dengan pandangan yang rendah kerana setiap kejadian ada kelemahan dan kekuatannya yang tersendiri. Masing-masing saling melengkapi.

Sumber : brilio.net | drugoi.livejournal.com


No comments