Info Terkini

Aduuhh..duh..duh...duhh!! Tak Dapat Pakcik Nak Pusing Kepala Macam Yang Kau Buat. Silap-Silap Kepala Pakcik Pula Yang Tercabut.

Ada yang pernah melihat bagaimana seekor burung hantu dapat memusingkan kepalanya dari depan ke belakang atau pengalaman ngeri ketika terserempak dengan hantu yang berbuat sedemikian kepada anda. Memang tidak cukup tanahlah anda akan lari bertempiaran melihat perkara tersebut terjadi dengan mata kepala sendiri.

Foto dari youtube.com dan worldculturepictorial.com

Secara normalnya, kebanyakan kepala manusia yang rata-rata kita temui hanya boleh memutarkan kepala mereka sehingga 90 darjah. Ini juga sangat berbeza dengan burung hantu yang sekaligus memutarkan kepalanya sehingga 2 kali ganda pusingannya iaitu 180 darjah.

Foto dari youtube.com

Putaran yang dibuatnya adalah tidak menggunakan pergerakan badannya. Apakah anda tahu akibatnya jika manusia diputarkan sehingga 180 darjah sedemikian rupa? Tentu anda telah menyangka keputusannya. Ya, jika itu terjadi kepada manusia maka urat-urat nadi yang bersambungan akan putus dan seterusnya meninggal dunia.

Foto dari youtube.com

Bagaimana juga rasanya jika anda mengalami kesakitan pada urat leher akibat "tersalah bantal"? Tentu sakit bukan. Tetapi bagi seorang jejaka Pakistan ini, beliau berjaya memutarkan kepalanya sehingga 180 darjah persis sepertimana yang dilakukan oleh burung hantu.

Dalam sebuah gambar yang diselitkan ini, jejak berkenaan telah terlihat melakukan adegan seram kepala lutut di mana beliau memutarkan sendiri kepalanya sehingga 180 darjah. Yang menghairankan putaran itu juga dibuat tanpa menggerakkan sedikit pun tubuhnya. Menariknya, beliau dengan selambanya kembali kepada keadaan normal dengan sebuah senyuman menandakan tiada apa-apa kesakitan yang dialaminya.

Foto dari youtube.com

Pertama sekali lelaki berkenaan menghadapkan bahagian belakang tubuhnya ke kamera lalu beliau terlihat memegang kepalanya dan kemudiannya melakukan aksi ngeri yang boleh membuat orang terasa seram. Kepalanya menghadap kamera, tapi tubuhnya menghadap ke arah yang berlawanan.

Jadi pesanan kepada adik-adik yang nakal diluar sana janganlah meniru aksi ini yang boleh mengundang kesusahan kepada ibu bapa mahupun penjaga.

Sumber : youtube.com (a man can turn his head 180 degrees)


No comments