Info Terkini

Bukan Setakat Manusia Saja Pandai Berswafoto, Anda Pasti Tersengih Melihat Geng-Geng Kacak Haiwan Ini Berselfie.

Sebelum itu Selfie adalah jenis foto potret diri yang diambil oleh diri sendiri dengan menggunakan sebuah kamera, baik kamera digital mahupun kamera telefon.

Foto dari wowmenariknya.com

Selfie juga biasa disebut dengan memfoto diri sendiri, foto narsis atau swafoto. Istilah ini selalu digunakan untuk meyebut selfie. Di industri hiburan Korea pula adalah Selca yang merupakan kependekan dari Self Camera.

Foto dari wowmenariknya.com

Foto dari wowmenariknya.com

Istilah Selfie muncul dan digunakan buat pertama kali pada 13 September 2002 dalam sebuah forum internet Australia (ABC Online). Kerana kepopularannya kata selfie ini, maka kata 'selfie' itu disenaraikan dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford versi dalam talian pada tahun 2013. Manakala kamus Oxford menobatkan kata selfie sebagai Word of the year tahun 2013 pada bulan November 2013.

Foto dari wowmenariknya.com

Pada saat melakukan foto diri sendiri, gaya-gaya yang paling banyak dan umum digunakan adalah yang bersifat kasual, baik semasa menggunakan kamera yang diarahkan pada diri sendiri atau dengan bantuan pantulan cermin.

Jarak jangkauan foto selfie atau swafoto ini juga terbatas, sehingga objek yang paling jelas dan paling nampak adalah jurugambar (pemfoto atau orang yang melakukan selfie) itu sendiri atau beberapa orang yang boleh dicapai oleh kamera.

Foto dari wowmenariknya.com

Tetapi swafoto ini ternyata bukan setakat manusia saja yang menyukainya, tetapi kini haiwan sendiri pun siap pandai melaram dan berfoto selfie dengan gaya-gaya yang boleh membuatkan hati anda geli-gelemang hingga senyum ke telinga.

Dari mulai haiwan kesayangan sehingga haiwan-haiwan liar yang hidup nun di hutan belantara sana juga boleh bergaya di depan kamera.  

Foto dari wowmenariknya.com

Seperti haiwan-haiwan yang bergaya di hadapan kamera kerana ingin selfie. Mereka ini ingin memotretkan gambar yang diambil kamera dengan gaya-gaya yang lucu dan melucukan.

Foto dari wowmenariknya.com

Lihatlah foto-foto ini dan dijamin hati anda pasti berbunga-bunga sambil menzahirkan kuntuman demi kuntuman senyuman yang indah kerana kecantikan adalah hak milik seseorang termasuk haiwan itu juga.

Foto dari wowmenariknya.com

Ayuh, kongsikan dengan rakan-rakan anda foto-foto mereka ini.

Sumber : boredpanda.com | masirul.com


No comments