Info Terkini

Aik...Kau Nak Melancong Ke Freeman Ranch? Tak Payahlah Bro, Itu Ladang Tempat Ternak Mayat Maaa..

Bunyi saja "ladang" ia sinonim dengan kawasan penternakan haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan. Bagaimana pula jika ladang itu jadi 'rumah' mayat? Inilah yang terjadi pada ladang di Texas, Amerika Syarikat ini.

Foto dari athba.net

Tidak ada pemandangan rumput liar yang indah di sini ia hanya mempunyai aroma busuk yang boleh menyebabkan seseorang individu muntah pelangi jika berkunjung ke situ. Freeman Ranch adalah sebuah kawasan ladang ternak mayat yang memiliki keluasan 3,500 hektar yang berada di antara San Marcos dan Wimberley, Texas. Tempat ini merupakan sebuah ladang yang juga digunakan sebagai tempat pelbagai penyelidikan.

Foto dari athba.net

Freeman Ranch juga merupakan sebahagian daripada pusat antropologi forensik di Universiti Texas. Tempat ini juga menjadi institusi penyelidikan terkemuka dan terbesar kelima di dunia untuk kajian tentang bagaimana tubuh manusia terurai dengan bantuan alam sekitar.

Foto dari athba.net

Di sini, mayat disumbangkan dan ditinggalkan begitu sahaja dalam pelbagai keadaan. Ia tidak dikebumikan. Malah mayat tersebut akan digunakan sebagai bahan kajian untuk memahami secara terperinci proses penguraian (kerosakan) dan membantu penyiasatan forensik pada kes jenayah. Sebagai contoh, ketika mayat yang tiada pengenalan diri ditemui, soalan pertama polis biasanya adalah tempoh orang tersebut meninggal dunia.

Kajian yang dilakukan di Freeman Ranch ini menjadi sangat penting dalam menjawab pelbagai soalan itu. Para penyelidik di Freeman Ranch inilah yang meneliti proses pereputan untuk membantu mengenal pasti mayat yang tidak dikenali.

Foto dari athba.net

Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga mengenal pasti punca kematian, termasuk mati akibat dehidrasi atau kepanasan yang setiap tahun berlaku di sempadan ke Texas.
Pelbagai kajian yang dibangunkan di Freeman Ranch ini telah menjadi suatu pengetahuan penting untuk agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seluruh dunia.

Para penyelidik di sini harus membersihkan dan mengklasifikasikan jasad baru sebelum meletakkan mereka di ladang. Setelah itu, baru ditempatkan di tempat terbuka sehingga haiwan liar boleh merosakkannya. Ada juga mayat yang ditempatkan di kandang khas agar tak dibinasakan oleh haiwan-haiwan liar.

Foto dari athba.net

Kaedah pertama ditujukan untuk mempelajari bagaimana tubuh boleh berubah dengan kehadiran pengaruh haiwan dan kaedah kedua adalah untuk mengkaji bagaimana proses pereputan oleh bakteria.

Foto dari athba.net

Tempat ini juga bersifat khusus dan Freeman Ranch mempunyai sistem keselamatan yang sangat ketat. Namun, para penyelidik mengatakan, tidak pernah ada larangan kepada orang-orang yang ingin masuk ke kawasan ladang ini.

Foto dari athba.net

Sumber : bangka.tribunnews.com


No comments