Info Terkini

Dek Terlalu Kaya...Mati Pun Bawa Wang Lagi Untuk Tebus Dosa?? Pening Memikirkan Apa Yang Nak Dijawabnya Bila Depan Tuhan Nanti.

Pernahkah anda mendengar permintaan terakhir seseorang sebelum mati? Mungkin pernah atau mungkin tidak atau hanya sekadar melihat dalam filem-filem Melayu, Inggeris mahupun Hindustan.

Macam-macam yang mereka minta atau wasiat dengan kata lainnya dan ada juga permintaan yang boleh dikatakan tidak dapat diterima oleh fikiran waras anda. Inilah yang berlaku pada sesorang lelaki berbangsa Uganda yang dikenali sebagai Charles Obong, 52 tahun.

Bukan gambar sebenar

Beliau berpesan untuk kali terakhirnya sebelum meninggal dunia di mana memohon keluarganya mengebumikan mayatnya bersama-sama wang miliknya sebanyak Rp 750 juta. Banyaknya tu. Wasiat tersebut ditulis dalam suratnya untuk si isteri yang dicintainya itu.

Pesanan terakhirnya adalah mengisikan semua wang tersebut ke dalam keranda dengan kakak dan adiknya menjadi saksi untuk isterinya agar benar-benar sang isteri melaksanakan permintaan terakhirnya itu. Charles sebelum kematiannya adalah seorang pegawai kanan di salah sebuah Jabatan Perkhidmatan Awam di Uganda dan meninggal dunia pada 17 Disember 2016 lepas.

 Bukan gambar sebenar

Seperti yang dilaporkan oleh media-media maya Obong telah mengalami sakit yang lama dan dalam pada ketika sakit itulah beliau sempat menuliskan surat wasiat untuk isterinya agar kebumikannya bersama wang yang bernilai $5700 atau setara dengan Rp 760 juta lebih.

Di dalam surat wasiat itu Charles mengatakan dengan membawa wang tersebut bersama-samanya semasa mati adalah untuk menebus segala dosa yang telah beliau lakukan semasa hayatnya. Namun, tidak pula beliau menjelaskan apakah dosa yang dilakukan sehingga berbuat demikian.

Tetapi, ketika acara pengebumiannya si isteri Charles telah mendedahkan tentang dosa yang sudah dilakukan oleh suaminya. Di mana Charles telah melakukan rasuah selama beliau berkerja di perkhidmatan kerajaan Uganda tersebut. Diakhir surat wasiatnya, Charles juga ada menyatakan seandainya keluarganya ingin mengambil wang tersebut biarlah selepas 7 kematiannya.

Sumber : buzzsouthafrica.com


No comments