Info Terkini

M-13 Tidaklah Sejenis Sen@p@ng Pi5t0L, Ia Adalah Set Penjahat Yang Sangat Ditakuti Di Los Angeles.

Kebanyakan dari kita memang tidak mengenali apa itu Mara Salvatrucha? Hah...apa itu? Nama artiskah atau nama sejenis tumbuhan herba yang digunakan dalam bidang perubatan.

Tidak!! Mara Salvatrucha itu adalah nama sebuah geng. Mara Salvatrucha juga dikenali sebagai geng M-13 di mana ia adalah sebuah geng jalanan yang sangat ditakuti di dunia.

Gambar dari Getty 

Ahlinya bukanlah terdiri daripada 30 atau 40 orang tetapi keanggotaannya mencapai lebih dari seratus ribu dan merupakan pembunuh kejam, pengedar dadah dan gemar melancarkan serangan balas dendam tanpa perikemanusian.

Gambar dari Reuters

Mengenali anggotanya tidaklah sesukar mana pun dan ia biasanya dibezakan oleh simbol tatu pada wajah dan badan mereka. Dari situlah perbezaan tingkatan geng sama ada ia adalah geng peringkat bawahan ataupun atasan dapat dikenali.

Gambar dari Reuters

Ahli-ahli geng juga semestinya dituntut setia sepenuh hati pada geng dan sekiranya berlaku pembelotan...biasalah seperti mana dalam cerita-cerita jenayah yang anda lihat maka pengakhirannya adalah sebuah kematian.

Dalam kes yang paling mengerunkan adalah terjadi kepada salah seorang anggota mereka yang sedang hamil dan juga merupakan 'spy' bagi kerajaan telah dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman sebanyak 16 kali yang dilakukan oleh dua anggota lain. Mayatnya ditemui oleh nelayan di tepi sungai pada tahun 2003 lalu.

Gambar dari Getty 

Geng yang berasal dari Los Angeles, California itu juga mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi untuk menjadi satu rangkaian komuniti geng yang paling banyak membunuh orang di dunia. Seiring dengan perjalanan waktu, M-13 telah pun merebak ke negara-negara lain seperti Mexico, Kanada, Amerika Selatan dan juga Amerika Tengah.

Menurut laporan Adelaide Advertiser, M-13 yang mempunyai lebih 100 ribu keahlian di seluruh dunia dipercayai telah pun berada di Australia. Simbol-simbol geng kejam tersebut telah kelihatan di Sydney sehingga membuatkan ramai penduduk ketakutan.

Walaupun M-13 itu berasal dari Los Angeles, tapi ahli utamanya berasal dari El Salvador. Pada tahun 2015, geng M-13 memang benar-benar berkuasa dan banyak melakukan jenayah di negara Amerika Tengah itu. Hasilnya, kebanyakan sel-sel di penjara banyak diisi dengan ahli-ahli geng tersebut. Sekurang-kurangnya ada 2,300 ahli geng yang kebanyakan pembunuh yang kini menjadi penghuni di tirai besi.

Gambar dari Getty 

Mengapa dan apa yang ada dengan nama M-13 itu? Angka 13 dalam nama geng kejam itu diberikan kerana huruf M berada dalam kedudukan ke-13 dalam urutan abjad. Sementara anggotanya menggunakan tatu bergambarkan simbol tangan iblis untuk berkomunikasi.

Gambar dari Getty 

Salah satu aksi jenayah paling kejam yang dilakukan M-13 adalah di Honduras di mana pada bulan Disember 2004 lalu beberapa ahli M-13 menghujani sebuah bas dengan tembakan. Akibat serangan itu, seramai 28 penumpang dilaporkan terbunuh dan sebahagian besar dari mangsa pembunuhan tersebut adalah kanak-kanak dan perempuan.

Serangan menggila itu dibuat bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka di atas hukuman mati yang akan dikuatkuasakan semula di Honduras.

Sumber : wowmenariknya.com | mirror.co.uk


No comments