Info Terkini

Adik...Ooo..Adik, Mengapa Jadi Begini? Apa Yang Adik Cari Ni Sampai Kepala Tersepit Di Lubang Batu?

Hai...macam-macamlah karenah dan ragam kanak-kanak. Ada yang pasif hingga ke hyperaktif. Apapun bersyukurlah dengan anugerahNYA itu. Tetapi di China lain pula kisahnya di mana seorang budak lelaki yang berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit dan diselamatkan oleh anggota bomba akibat beliau secara tidak sengaja mendapati kepalanya terperangkap pada lubang bangku batu.

Gambar dari Newsflare/LiveChina

Seperti yang diviral di media sosial, kejadian yang baru berlaku pada 5 Januari itu adalah di bandar Jiamusi, wilayah Heilongjiang utara China. Dalam video yang dimuat-naik tersebut, kelihatan sekumpulan anggota bomba membantu kanak-kanak itu.

Gambar dari Newsflare/LiveChina

Kanak-kanak itu boleh didengar mengerang kesakitan. Ahli bomba itu telah meletakkan topi di kepala kanak-kanak itu untuk perlindungan sebelum menggunakan pahat untuk membuat keretakan bangku batu.

Gambar dari Newsflare/LiveChina

Sejurus batu itu telah dibuang, batang besi di dalam bangku tersebut jelas kelihatan dan inilah punca mengapa kanak-kanak tersebut terperangkap.

Pasukan penyelamat kemudiannya menggunakan sejenis pemotong khas untuk memotong batang besi dan kanak-kanak itupun akhirnya berjaya dibebaskan. Beliau menerima pemeriksaan dan mendapati tiada kecederaan dialami.

Sementelah itu, ramai pengguna media sosial telah memberikan komen-komen berkaitan peristiwa tersebut apabila mereka mengikuti sepenuhnya viral itu.

'Saya bersedia untuk membayar 100 yuan jika sesiapa sahaja boleh menjawab bagaimana kanak-kanak itu terperangkap,' tanya seorang pengguna media sosial.

Gambar dari Newsflare/LiveChina

"Walaubagaimanapun peristiwa tersebut akan diingati oleh kanak-kanak itu sepanjang hayatnya" kata seorang lagi pengguna internet.

Sumber : dailymail.co.uk


No comments