Info Terkini

Celaka Punya Manusia...Dimanakah Seluarku??!! Begitulah Sungguh Malang Nasib Si Anjing Yang Direbus Dan Disiat Kulitnya Hidup-Hidup

Anjing merupakan sejenis haiwan yang paling banyak dipelihara manusia. Pemeliharaan itu ada yang bertujuan untuk menjaga keselamatan lantaran ia boleh dididik. Namun selain dipelihara, ada juga anjing digunakan untuk menjadi bahan seksaan dan pendderaan sebelum mereka dijadikan hidangan.

Gambar dari LiveLeak

Penyeksaan dan penderaan ke atas anjing itu dimulai dengan merebusnya di dalam air mendidih dan setelah itu kulitnya pula akan disiat-siat di dalam keadaan hidup. Nampaknya cara ini adalah sangat kejam dan hanya manusia durjana sahaja yang sanggup berbuat begitu.

Gambar dari LiveLeak

Melalui video yang dimuat-naik pada sebuah laman web iaitu fightdogmeat.com jelas menunjukkan beberapa individu telah merebus seekor anjing yang mana telah diikat dan kemudian memasukkannya ke dalam sebuah kawah bersama api besar yang sedang memanaskan kawah tersebut.

Setelah beberapa minit berlalu, anjing tersebut dikeluarkan dari kawah besar itu dan pada masa yang sama beberapa individu pun mula menyiat kulit dan bulu si anjing tadi dalam keadaan ia masih hidup.

Gambar dari LiveLeak

Setelah selesai aktiviti menguliti, akhirnya anjing tadi yang boleh dikatakan separa koma dilepaskan begitu saja dan rupanya seolah-oleh seperti "berbaju tetapi tidak memakai seluar". Malangnya, si anjing itu pun berusaha untuk melarikan diri dalam keadaan tanpa bulu di separuh badannya. Kasihan sungguh anjing tersebut. Apalah dosanya.

Menurut pengasas Fight Dog Meat, Michele Brown, telah menjelaskan bahawa penyeksaan haiwan tersebut dilakukan kerana ada alasannya.

Gambar dari LiveLeak

Menurut kepercayaan lama bagi sesebuah masyarakat, daging yang liat memiliki khasiat yang bagus untuk kesihatan. Salah satu cara untuk mendapatkan daging liat atau keras itu adalah dengan melumurkan badan haiwan yang masih hidup dengan adrenalin.

Sumber : fightdogmeat.com


No comments