Info Terkini

Tiada "REWARD", Tanpa DiSURUH!! 5 Informasi Ini Boleh Buatkan Anak-Anak Anda Membaca Al-Quran.

Membaca Al-quran bukan sahaja mendapat keberkatan dalam hidup, pahala, kebajikan dan rahmat Ilahi. Bahkan ia juga mendatangkan kesan kepada orang-orang yang mendengarnya. Pengenalan dan pembelajaran Al-Quran seharusnya dimulakan oleh anda sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Tetapi selalunya apabila kita meminta atau menyuruh mereka membaca, tentu akan ada alasan-alasan sehinggakan anda terpaksa memberikan ganjaran untuk mereka membacanya.

Gambar dari webblogkkn.unsyiah.ac.id

Sebenarmya dengan memberikan ganjaran, maka untuk berjaya membentuk tabiat suka membaca Al-Quran tidak berjaya. Jik berjaya pun mungkin peratusannya kecil sahaja. Tetapi itulah hasilnya apabila selalu 'disuruh' dan di'reward'-kan dengan sesuatu yang mereka cita-citakan. Persoalannya di sini bagaimana nanti setelah anak-anak anda dewasa, bagamanakah hati mereka akan dekat dengan Al-Quran.

Menurut perkongsian yang dipetik dari pengguna media sosial Facebook iaitu Siti Aminah Sulaiman beliau yang selama ini tidak jemu-jemu berdoa kepada Allah agar dianugerahkan petunjuk dan kaedah yang tepat untuk melahirkan anaknya agar mencintai Al-Quran.

Berikut adalah kaedah-kaedah dari Siti Aminah Sulaiman yang boleh anda kongsikan dan amalkan bersama anak-anak agar dapat menjadikan Al-Quran sebagai bacaan pertama sebelum mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang lain.

1) Hentikanlah tabiat suka MENYURUH

Sebelum itu, marilah sama-sama kita lazimi semula pembacaan Al Quran. Jadikanlah ianya suatu peruntukkan yang wajib ke atas diri sendiri untuk mempunyai slot setiap hari bagi membaca Al-Quran. Ambillah masa seperti antara maghrib sehingga Isyak. Tangguhkanlah sebentar agenda-agenda lain seperti membeli barangan dapur dan sebagainya.

Gambar dari ririnrahayu.blogspot.my

Pastikan diri anda dahulu yang mengulang AlQuran. Dari situ, ajaklah anak-anak anda mendengarnya setiap kali anda membaca Al-Quran, Inshaa Allah, jika anda konsisten mengulangi AlQuran, maka mereka mula bawa Al Quran dan dia mengulangi surah-surah juzuk yang mereka telah dihafaz. Jadi, tidak perlu anda 'SURUH' lagi dan ia berlangsung setiap hari.

2) Bergiliran dalam membaca ayat Al-Quran
.
Setiap hari Jumaat wajibkan satu slot untuk ber "Halaqah", duduk dalam bulatan dan membaca Surah Al-Kahfi secara bergilir-gilir. Perlu diingatkan bahawa surah Al-Kahfi ayatnya panjang, jadi cara untuk memudahkannya anak mengulangi surah ni ialah secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, dari situ anda dapatlah membaca bersama keseluruhan surah tersebut.

3) Tadabbur terjemahan Al-Quran

Lazimilah diri anda untuk mula bertadabbur terjemahan AlQuran. Setelah itu, berceritalah kepada anak-anak anda akan terjemahan surah. Dari situ, datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama-sama. Kemudian tadabburlah makna ayat-ayat yang anak-anak anda telah hafaz

Gambar dari hazanah.republika.co.id

4) Cuba hafaz bersama-sama

Jika sebelum ini anda selalu meminta mereka menghafaz sendiri, jadi mulakan diri anda untuk menghafaz sama-sama surah lazim dari Al-Quran dan kita akan tahu betapa susahnya menghafaz dan memahami apa yang mereka lalui atau dengan kata lain, cuba letakkan diri kita di dalam kasut anak-anak anda untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz.

5) Pujilah anak depan suami, isteri, datuk mahupun nenek

Apabila nampak anak-anak mula hendak membaca AlQuran tanpa disuruh, maklumkanlah perihal anak-anak anda kepada suami, isteri, datuk mahupun nenek dan biasanya suara mereka akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira akan pujian itu

Gambar dari kajian.afahrurroji.net

Sama-sama kita lahirkan keluarga cinta Al-Quran dan bukannya mencintai "Ganjaran".

Sumber : Facebook Siti Aminah Sulaiman




No comments