Info Terkini

Masha Allah!! Walaupun Kepala Terputus Dikerat Orang, Namun Si Ayam Ini Boleh Hidup 18 Bulan Lamanya.

Kisah benar ini telah terjadi pada September 1945, di mana seorang petani yang bernama Lloyd Lloyd dari Fruita, Colorado, Amerika Syarikat sedang menyiapkan hidangan makan malam untuk ibu mertuanya yang datang ke kediamannya. Untuk itu, Lloyd telah pergi ke halaman untuk memilih ayam. Lloyd memilih ayam jantan berusia lima setengah bulan yang bernama Mike.

Gambar dari Wittyfeed

Oleh kerana Lloyd tahu bahawa ibu mertuanya suka akan leher ayam panggang, maka ketika beliau menyembelih ayam tersebut, kapak yang digunakannya tidak tidak mengenai vena jugularis iaitu pembuluh darah dari otak menuju jantung dan ini membuat sebahagian batang otak dan satu telinga Mike tidak terputus. Peliknya, Mike tidak mati!

Gambar dari Troy Waters

Oleh kerana kepalanya sudah terpotong, Mike pun berjalan secara terhuyung-hayang. Bahkan ia mula mematukki tanah dengan kepalanya yang tiada. Bunyi kokokkannya pun berubah kepada serak. Justeru itu, Lloyd menjadi kebingungan dan meninggalkan Mike. Keesokan paginya, Lloyd menemukan Mike tidur di gudang, setelah berusaha untuk menyelipkan kepalanya di bawah sayap seperti biasa yang ia lakukan. Petani itu kemudian segera mengambil Mike untuk memikirkan bagaimana ia boleh makan ayam tanpa kepala.

Lloyd harus memasukkan makanan dan air ke kerongkongan Mike melalui pipet kecil. Mike telah mendapatkan butiran kecil jagung kadang-kadang sebagai hadiah untuk makanannya.


Mengapa Mike tetap boleh hidup tanpa kepala? Wayne J. Kuenzel, seorang pakar fisiologi unggas dan neurobiologi dari Universiti Arkansas, mengatakan bahawa tengkorak ayam mencakup dua lubang besar untuk memegang mata, sedangkan otaknya terletak dalam ruang yang berbaki pada sudut 45 darjah.

Ini bererti jika otak bahagian atas terpotong, maka masih ada baki pada sebahagiannya yang lain, iaitu otak kecil dan batang otak. Maksudnya Mike masih memiliki bahagian fungsi yang sangat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Petani Lloyd mengambil keputusan untuk membawa ayam ajaib dalam jelajah negara. Mike juga muncul dalam majalah Time dan Life di mana ia telah mencatatkan namanya dalam Guinness Book of Records, dan mempunyai persembahan sendiri, memberikan peluang kepada orang ramai untuk bertemu dengannya yang digelar sebagai 'Magic Mike The Headless Chicken'.

Mike juga mempunyai pengurusnya sendiri, yang mesti telah melakukan pekerjaan yang baik, kerana dia membuat Lloyd kaya seperti John Lloyd dan John Mitchinson menulis dalam bukunya The Book of General Ignorance:

"Pada kemuncak kemasyhuran si ayam yang bernama Mike ini telah menjana wang sebanyak 4,500 dolar sebulan dan kejayaannya telah menyebabkan gelombang memenggal kepala untuk meniru seperti Mike, walaupun tidak ada ayam tanpa kepala miskin hidup untuk lebih daripada satu atau dua hari."

Gambar dari Water Family

Pada akhirnya suatu kemalangan telah terjadi di sebuah bilik motel mewah. Ketika melakukan jelajah negara, Mike dan petani Lloyd tiba di Phoenix, dan ketika mereka menginap di kamar tersebut, Mike memakan beberapa bertih jagung.

Tapi kemudian, ia mulai tersedak. "Lloyd, dengan ngeri, menyedari bahawa ia telah meninggalkan pipet di acara hari sebelumnya. Kerana tidak dapat membersihkan saluran udaranya, Mike akhirnya tersedak dan menemui ajalnya."

Bagaimanapun, Mike telah berjaya hidup selama 18 bulan sejak kehilangan kepalanya. Ia membesar dari seberat 1.2 kg menjadi hampir 3.6 kilogram. Lloyd membawa bangkai Mike ke para penyelidik di Universiti Utah untuk diautopsi. Para penyelidik tersebut menegaskan bahawa gumpalan darah di lehernya telah menghalang Mike dari pendarahan sehingga mati ketika kepalanya dipenggal.


Hingga kini para penduduk di Colorado masih menyayangi Mike walaupun ia seekor ayam. Setiap hujung minggu ketiga pada bulan Mei, penduduk tempatan akan mengadakan Festival Si Ayam Mike Tanpa Kepala, di mana mereka boleh menikmati muzik, pertandingan dan makanan.

Sumber: kwikku.com


No comments