Info Terkini

Maaf Bro, Restoran Ini Memang Tak Der Pinggan Mangkuk. Hanya Makan Seperti Yang Dilihat. Boleh Saya Ambil "Order"-nya?

Makan di luar bersama keluarga, pasangan mahupun seorang diri adalah sesuatu yang biasa kita lihat di mana-mana restoran tidak kiralah tempat menjamu selera itu bertaraf berbintang-bintang tinggi di awangan. Namun setiap restoran, warung mahupun hotel yang menyediakan menu makanan mempunyai kelainan yang tersendiri untuk menarik minta orang ramai agar datang menjamu juadah yang begitu menguja dan menyelerakan.

Gambar dari clipmass.com

Begitulah model perniagaan mereka yang mempunyai pelbagai cara yang unik dalam merebut hati pelanggan dan selalunya mereka akan menyajikan makanan yang unik dengan namanya yang pelik dan diubahsuai untuk menunjukkan makanan yang dibuat adalah mempunyai kelainan dari yang lainnya.

Gambar dari clipmass.com

Namun begitu, ada juga yang menggunakan cara lain seperti memberikan hadiah misteri kepada orang-orang tertentu seperti individu yang mendapat kenaikan pangkat, mendapat anak dan sebagainya.
Gambar dari clipmass.com

Gambar dari clipmass.com

Tetapi jika anda berkunjung ke Thailand, ada sebuah restoran di situ mempunyai cara yang begitu unik untuk menjadikan kedai makan itu lain dari yang lain dan ini membuatkan anda bertambah lagi hairan.

Restoran pelik dan uniknya sebenarnya terletak di kota Chantaburi. Pengurusan restoran ini menyediakan sajian menu makanan seperti daging cincang, nasi, angsio taiwan, daging babi dan beberapa lagi. Kepada yang beragama Islam, anda tidak dibenarkan memakannya di sini kerana ianya "TIDAK HALAL".

Jika diimbas melalui buku menunya, ia sememangnay menyediakan makanan yang boleh dikatakan biasa-biasa saja, tetapi bukan itu yang hendak dikisahkan kerana yang sebenarnya adalah cara penyajiannya yang sangat luar biasa. 

Gambar dari clipmass.com

Di Restoran ini dikatakan tidak menggunakan pinggan, piring hatta mangkuk sekalipun sebagai medium untuk meletakan makanan yang dipesan. Tetapi ia menggunakan barang-barang seperti peralatan perabut rumah, kerusi plastik, topi rami, pengki, sekop, payung, laci plastik, keranjang, hingga bekas gelen air. Pelik betullah.

Cara penyajian ini memang tidak biasa, tapi banyak juga orang yang tertarik untuk datang ke restoran ini. Tidak jarang, cara mereka menikmati makanan ini jadi bahan tontonan orang lain. Bahkan sebagian besar pengunjung sering tertawa ketika menjamah hidangan mereka.

Gambar dari clipmass.com

Sumber: clipmass.com


No comments