Info Terkini

Manual Kehidupan Dari Allah Yang Selalu Dipandang Ringan, Tetapi Berat Timbangannya Di Mizan

Rasa-rasanya ramai pembaca sudah dapat meneka apa itu manual kehidupan. Ianya bukanlah manual untuk menghidupkan radio kaset atau menerbangkan drone. Tetapi ia adalah manual yang dibekalkan dari Yang Maha Kasih kepada kita melalui Rasullullah s.a.w.

Mengapa manual itu atau Al-Qur'an penting dalam kehidupan untuk dibaca?

Ini kerana menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Rr. Al-Qodhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, telah membuktikan hanya dengan mendengarkan alunan ayat suci al-Qur'an baik bagi  yang memahami bahasa Arab atau sebaliknya,ternyata memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar. Ini termasuklah salah satunya memberikan pertahanan diri dari pelbagai jenis penyakit. Perkara ini dikuatkan lagi oleh penemuan Muhammad Salim yang telah dipublikasikan oleh Universiti Boston.


Pernahkah kita bertanyakan pada diri sendiri mengapa di dalam Islam menyuruh kita mengaji dengan bersuara? Paling tidak pembacaan untuk diri sendiri yang boleh didengari oleh telinga kita. Mengapa begitu?

Berikut ialah penjelasannya:

✅ Di dalam tubuh manusia mempunyai sel-sel yang bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil manapun berlaku dalam getaran ini  akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.

Lihat, sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya. Bagaimana untuk bergetar kembali? Perkara tersebut terjadi apabila ada bunyian iaitu suara. Maka dengan itu muncullah “TERAPI SUARA” yang telah ditemukan oleh  Dr. Alfred Tomatis, seorang pengamal perubatan di Perancis.

Sementara itu Dr. Al-Qodhi telah menemukan bahwa “MEMBACA AL-QUR'AN DENGAN BERSUARA” telah memberikan impak yang luar biasa ke atas sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.


✅ Penelitian berikutnya juga membuktikan bahawa sel barh dapat dihancurkan dengan hanya menggunakan “FREKUENSI SUARA”  saja. Nah, kembali terbukti bahwa membaca Kitab Allah memiliki kesan hebat dalam proses penyembuhan penyakit rohani mahupun jasmani.

✅ Virus, kuman dan seumpamanya berhenti bergetar ketika dibacakan ayat suci Al-Qur'an, dan pada yang sama , Sel-sel sihat menjadi aktif. Mengembalikan keseimbangan program yang terganggu tadi.

Dan yang lebih menguatkan supaya diri ini semakin manis dengan amalan membaca al-Qur'an adalah kerana menurut penyelidikan iaitu  “SUARA YANG MENDATANGKAN PENGARUH PALING KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH ADALAH SUARA KITA SENDIRI.”

Mengapa solat berjema'ah lebih dianjurkan?
Ini kerana adanya doa-doa yg dilantunkan dengan keras, sehingga terdengar oleh telinga dan ini boleh memgembalikan sistem yang seharian rosak kembali pulih.

Mengapa dalam Islam mendengarkan lagu hingar bingar tidak dianjurkan?
Penyelidikan telah membuktikan, bahawa getaran suara hingar bingar MEMBUAT TUBUH TIDAK SEIMBANG.


*Maka kesimpulannya adalah :*

1. Membaca Al-Qur'an pada waktu pagi dan malam sebelum tidur akan mengembalikan sistem tubuh kembali kepada keadaan normal.

2. Mengurangi pendengaran muzik atau bunyi-bunyian hingar-bingar dengan menggantikan saja dengan murotal yang jelas-jelas memberikan kesan yang menyembuhkan. Siapa yang jamin kita mempunyai potensi terkena barah, tapi oleh kerana sikap dan tabiat kita yang rajin mendengarkan murotal dan membaca Al-Quran juga, penyakit tersebut boleh hancur sebelum dikenalpasti.

3. Pembacaan al-Qur'an oleh kita sendiri dan kerana itu juga kesan lantunan suara kita sendirilah yang paling dasyat dalam proses penyembuhan.

4. Niatkanlah juga untuk men-ruqyah diri sendiri, agar optimal proses tazkiyyahnya.

Tidak rugi untuk diri sendiri mencuba dan berkongsi info dengan rakan-rakan sekeliling anda.- PekaTahu


No comments