Ini BUKAN Cerita Neelofa Tau!! Tetapi Ini Kisah NILOOFAR RAHMAN Yang Nak Dapatkan Perlindungan Suaka Dari Amerika Syarikat
Bagi yang tidak mengenali Niloofar Rahman, ini adalah peluang yang terbaik untuk membaca kisahnya yang mana tiga tahun lalu beliau yang juga wanita pertama telah memperolehi sayap tentera udara Afghanistan. Tetapi tempatnya dalam sejarah sebagai simbol penguasaan dan keberanian perempuan antarabangsa telah memberi kesan bagi kehidupan di negaranya sendiri.
Beliau yang dikenali sebagai Kaptem Niloofar Rahman menyatakan bahawa beliau tidak lagi selamat untuk dia berada di Afghanistan. Peguamnya, Kimberly Motley, berkata anak guamnya telah menerima pelbagai ancaman dari pemberontak dan kutukan daripada pegawai-pegawai kerajaan dan sekarang Niloofar mencari perlindungan suaka di Amerika Syarikat.
Niloofar yang berumur 25 tahun dan sentiasa mahu menjadi seorang juruterbang telah menjadi perintis sayap terap pertama di negaranya pada tahun 2013 bagi memenuhi impiannya dan harapan dari seorang ayah untuk melihat kejayaannya. "Saya sentiasa mahu menjadi seorang juruterbang," kata Niloofar. "Sebagai seorang juruterbang adalah mimpi ayah saya."
Apa yang pelik di negaranya adalah semakin Niloofar menjadi ikon model wanita pertama yang memiliki kejayaan tersebut, maka semakin banyak kritikan yang telah menarik reaksi daripada pegawai-pegawai tertinggi tentera Afghanistan.
Sebagai tindak balas kepada permintaan suaka beliau, Jeneral Mohammad Radmanish meminta Amerika Syarikat untuk menolak permintaan suaka beliau kerana beliau "pasti dia berbohong dengan mengatakan dia diancam, hanya untuk memenangi kes perlindungan itu."
Disebalik ancaman peribadi yang diterimanya, keluarganya sendiri pun terkesan dan telah menerima ancaman bunuh. Inilah yang memaksa mereka untuk mencari perlindungan. Sepanjang tahun lepas, beliau telah dilatih di pangkalan udara di seluruh selatan Amerika Syarikat. "Ada perang, ada keganasan, ada diskriminasi terhadap wanita di Afghanistan," katanya.
Tapper, yang telah meminta Donald Trump berkaitan isu Niloofar dan wanita Islam yang lain, memberikan peluang kepada juruterbang tersebut untuk menyampaikan mesej kepada presiden.
"Saya faham masalah dengan ISIS dan orang-orang yang mengatakan mereka Islam, dan melakukan ini dengan menunjukkan kepada dunia bagaimana Islam adalah buruk," katanya. "Malangnya, sebagai seorang perempuan Islam Afghanistan, saya sentiasa cuba untuk melawan ISIS." Kini beliau sedang menunggu permohonan suaka dari Amerika Syarikat.
Sumber : edition.cnn.com
Gambar dari forums.jetcareers.com
Beliau yang dikenali sebagai Kaptem Niloofar Rahman menyatakan bahawa beliau tidak lagi selamat untuk dia berada di Afghanistan. Peguamnya, Kimberly Motley, berkata anak guamnya telah menerima pelbagai ancaman dari pemberontak dan kutukan daripada pegawai-pegawai kerajaan dan sekarang Niloofar mencari perlindungan suaka di Amerika Syarikat.
Gambar dari kpbs.org
Niloofar yang berumur 25 tahun dan sentiasa mahu menjadi seorang juruterbang telah menjadi perintis sayap terap pertama di negaranya pada tahun 2013 bagi memenuhi impiannya dan harapan dari seorang ayah untuk melihat kejayaannya. "Saya sentiasa mahu menjadi seorang juruterbang," kata Niloofar. "Sebagai seorang juruterbang adalah mimpi ayah saya."
Apa yang pelik di negaranya adalah semakin Niloofar menjadi ikon model wanita pertama yang memiliki kejayaan tersebut, maka semakin banyak kritikan yang telah menarik reaksi daripada pegawai-pegawai tertinggi tentera Afghanistan.
Gambar dari dailymail

No comments