Info Terkini

Meow..Meow...Meow...Tolonglah Potong Buluku Ini. Dah Jadi Macam Rambut Dreadlock Pun Ada. Susah Aku Nak Bergerak Ni

Haiwan apakah yang menjadi kesukaan anda? Tentu sekali kucing dan ia menjadi pilihan nombor satu selain, arnab, burung dan ikan. Kucing juga adalah haiwan yang menjadi peneman setia tatkala anda berseorangan di rumah mahupun ketika stress melanda diri. Usapan bulunya di kaki anda dan adakalanya tidur di sebelah anda mahupun kadang-kadang duduk di atas perut anda membuatkan perasaan anda menjadi tenang seketika.

Gambar dari Animal Rescue League Shelter & Wildlife Center

Tetapi kisah kucing yang bernama Hidey ini mungkin membuatkan anda sebagai pencinta haiwan tersebut merasa geram dan benci akan pemiliknya. Ini kerana pemiliknya yang bernama Paul Russel, 82, dan  isterinya terpaksa meninggalkan Hidey seorang diri di rumah dan beberapa makanan kucing. Paul Russell yang menderita Alzheimer sehingga beliau dan isterinya harus berpindah ke rumah jagaan yang ada di Pittsburgh.

Gambar dari Animal Rescue League Shelter & Wildlife Center

Gambar dari Animal Rescue League Shelter & Wildlife Center

Namun, ketika Hidey ditemui, ia berada di dalam keadaan yang sangat membimbangkan kerana mengalami kelebihan berat badan atau bahasa lainnya obesiti. Tetapi bukan saja nampak gemuk, tubuhnya juga ditutupi dengan bulu-bulu yang boleh dikatakan ngeri.

Keadaan Hidey yang mengerikan ini telah diviralkan oleh akaun Facebook Animal Rescue League Shelter & Wildlife Center di Pittsburgh, Pennsylvania. Menurut pusat perlindungan dan hidupan liar itu selama beberapa tahun Hidey diabaikan oleh pemiliknya hingga memiliki keadaan seperti itu. Kini Hidey telah dibawa ke klinik kesihatan haiwan.

Gambar dari Animal Rescue League Shelter & Wildlife Center

Di klinik tersebut, Hidey telah menerima rawatan selain pencukuran habis bulu gimbal yang dimilikinya. Kini tubuh Hidey tampak kembali normal dan terlihat jauh lebih dari sebelumnya. Terkini, Hidey tinggal bersama dengan pemilik barunya yang sudah memberikannya satu tempat tinggal yang selayak dan juga hangat.

Sumber: mnn.com


No comments