Info Terkini

Batu Apakah Yang Bernilai RM12 Juta Itu Dan Mengapa Lelaki Arab Ini Tidak Mahu Menjualnya?

Suatu ketika semenanjung Tanah Arab telah gempar apabila seorang lelaki warganya telah menemui sebiji 'batu neraka' atau juga dikenali sebagai batu Sijjil. Apa itu batu Sijjil? Batu Sijjil adalah sejenis batu yang berasal dari tanah (thin) yang mengeras. Ikrimah (seorang ahli tafsir) mengatakan bahawa ketika bala tentera Abrahah itu terkena batu tersebut, terus badan-badan mereka melepuh seperti orang yang terserang cacar yang sangat parah. Ahli tafsir lain seperti Ibnu Zaid, Said bin Abi Hilal dan lainnya mengatakan bahwa batu SIJJIL itu merupakan batu dari langit. Wallahu A’lam.


Apa yang menjadi buah mulut orang ramai adalah batu tersebut telah ditawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta oleh seorang pembida. Tawaran tersebut datang setelah setahun penemuannya. Tetapi lelaki warga Arab itu menolak tawaran tersebut. Batu unik itu juga yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang dijatuhkan burung Ababil ke atas tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah pada ketika itu.



Menurut lelaki Arab tersebut yang bernama Saleh Musfer Al Gamdi telah menjumpai batu tersebut ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman dan di situ beliau telah menemui sebiji batu yang amat pelik dan unik dan mempunyai berat 131 gram.

Menurut beliau lagi, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran dari Surah Al-Fil. Pakar juga menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.


Sumber : Tengoktvonline.blogspot.my


No comments