Info Terkini

Aduiilaa!! Habis Ayam Dibalunnya...Kalau Dah Lapar Sekalipun, Janganlah Dimakan Ayam Tu Hidup-Hidup, Bersabarlah Dulu Menantikan Ayam Dimasak Sempurna.

Seorang wanita asal Dusun Jangan Asem, Desa Tromposari, Kecamatan Jabo, Sidoarjo yang dikenali sebagai Miskaulah ini mempunyai hobi yang pelik dan sewajarnya tidak boleh diikuti oleh mana individu. Ini kerana beliau yang berusia 41 tahun ini mempunyai tabiat memakan ayam yang masih hidup.

Gambar dari efandamar.blogspot.my

Perkara ini sebenarnya telah diketahui ketika beliau berkunjung ke rumah rakannya di daerah Pasuruan. Kemudian beliau meminta disediakan ayam hidup kepada temannya tersebut. Ayam yang dimintanya bukan untuk dpelihara melainkan untuk dimakan mentah-mentah dan kemudian meminum darah ayam itu tanpa sebarang rasa yang menjijikkan.

"Saya kira dia minta ayam untuk dibawa pulang dan dipelihara, akan tetapi rupanya ayam tersebut dimakan mentah-mentah," ujar Atin Kustini, temannya.

Gambar dari wowmenariknya.com

Miskaulah memakan ayam tersebut pertama dengan menggigit leher ayam sampai mati dan kemudian ia meminum darah berterusan dengan mencabut bulu ayam dan mengulitinya hingga bersih, kemudian memakan daging ayam tersebut.

"Pada masa itu saya kerap mengikuti ayah saya ke sawah untuk membuat batu-bata. Oleh kerana kerap merasa kelaparan ketika berada di sawah, saya pun mencari ikan, cengkerik, kala jengking dan juga serangga yang kecil untuk saya makan," ujar Miskaulah.

Kebiasaan aneh tersebut berterusan sehinggalah beliau dewasa, namun ia sudah berusaha untuk mengehentikannya namun tidak tercapai. Beliau tetap tidak boleh mengawal obsesnya untuk makan.

Dulu sebelum terapi, beliau boleh memakan 3 hingga 5 ekor ayam dalam sehari, dan selepas terapi ayam yang akan disantapnya hanyalah 1 atau 2 ekor sahaja. Miskaulah mengaku akibat hobinya itu beliau cukup merasa kewalahan kerana ia bukan hidup dari keluarga yang berada, ia hanya bekerja sebagai penyiar radio.

Gambar dari jelajahsehat.com

Sumber : wowmenariknya.com


No comments