Info Terkini

Adooiiilah Sayang...Dahlah Malam Pertamaku Terlepas Denganmu. Dicuri...dilarikannya Pula Barangan Kemas Dan Duit Jutaan Rupeeku. Nasib...Nasib.

Saat malam pertama perkahwinan adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh pihak lelaki. Perasaan malu pihak perempuan juga mula menebal tatkala lampu ditutup. Tentu saja pada malam tersebut pengantin baru akan terbang ke bulan asmara dan melakukan "hubungan" buat kali pertama dalam sejarah hidup masing-masing.

Perkara tersebut sudah tentu mengundang kenangan manis dan sangat membahagiakan buat mempelai dua sejoli. Tetapi ada segelintir merpati dua sejoli yang baru naik pelamin ini tidak dapat mengecapi kebahagian pada malam pertama. Mungkin perkahwinan mereka adalah secara paksa-rela. Ada yang masih mengingati kekasih lama dan ada agenda jahat disebalik perkahwinan tersebut.

Gambar dari India Times/rajasthanpatrika.com

Tidak seperti pengantin lelaki yang baru berkahwin dan juga berasal dari Ghaziabad, Uttar Pradesh, India ini, telah diberikan ubat tidur oleh isteri yang baru saja dinikahinya pada malam pertama. Kegembiraan menunggu untuk melayari malam pertama bersama isteri yang tercinta itu membuak-buak tetapi dek penangan ubat tersebut, si suami lentok tak tertahan dan mula tertidur di atas tilam sehingga keesokan paginya.

Setelah campuran minuman bersama ubat tidur itu diberikan kepada sang suami dan kesannya mulai berjaya, si isteri yang tidak memiliki hati dan cinta murni itu pun telah melarikan diri bersama wang berjumlah Rp15 juta bersamaan RM979 ribu dan barangan kemas seberat 175g.

Keesokan paginya setelah si suami tersebut bangun dari tidur dan mencari-cari di manakah isteri berada, tiba-tiba beliau mendapati dan diberitahu bahawa isterinya itu telah lari meninggalkannya bersama barangan berharga tersebut. Akibat dari perkara tersebut, si suami pun terduduk dan terus menangis kesal mengenangkan peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku.

Lelaki tersebut merasakan suatu kerugian yang amat kerana telah menghabiskan wang yang banyak untuk hari persandingan mereka. Sudahlah malam pertama pun tidak berjaya memeluk cium sepertimana kebanyakan pengantin sebaya dengannya, barang kemas dan wang pula dilarikan "ghaib" begitu sahaja. Tiada siapa yang tahu motif si isteri berlaku jahat sedemikian rupa tetapi yang pastinya kisah ini benar-benar membuatkan moral lelaki tersebut jatuh tersungkur.

Sumber: indiatimes.com


No comments