Info Terkini

Wanita Thailand Ini Miliki Tangan Terbesar Di Dunia

Kita sudah biasa dihidangkan dengan rekod-rekod pelik manusia. Ada yang menyelam paling lama, ada yang memanjat bangunan tertinggi, ada yang terbanyak makan, ada hidup bersama haiwan berbisa dan bermacam-macam lagi. Kini sudah ada rekod baru yang cukup pelik untuk didengar iaitu manusia tangan terbesar di dunia. Siapa pemiliknya? Beliau adalah seorang wanita Thailand yang bernama Duangjay Samaksamam.


Samaksamam yang mungkin boleh digelar sebagai pemilik tangan terbesar di dunia ini berumur 50 tahun dan setiap hari masih bekerja dengan menggunakan tangannya yang masing-masing seberat 6 kg. Bayangkan, bolehkah anda membawa beban sebegini rupa setiap hari.

Samaksamam telah didiagnosis dan penyakit tersebut bernama macrodystrophia lipomastosa yang membuat lemak menumpuk di tangan dan lengannya. Namun kerana ibu bapa beliau sudah mulai tua, beliau terpaksa menjalankan operasi jualan yang selama ini diuruskan oleh keluarganya sendiri.


“Tangan saya ini sangat berat,” ujarnya seperti yang diambil dari Mirror, Khamis (4/9/2014). “Saya bahkan tak boleh mengangkatnya untuk mencuci dan menyisir rambut ini. Memakai baju juga pun sangat menyakitkan bagi saya.”


Samaksamam dilahirkan dengan keadaan seperti itu. Malah beliau tidak bersekolah dan selalu menyendiri. Hidup di daerah terpencil juga membuatkan wanita ini tidak dapat menerima rawatan yang sewajarnya.


Meskipun beliau telah menjalani operasi keduanya membuang lemak sebanyak 700kg ldan darah berjaya diambil dari tangannya, namun ia belum cukup untuk membantu. Seorang doktor dari Kitasato University di Jepun akhirnya menyarankan beliau agar melakukan pemotongan. Namun, Samaksamam menolak melakukan prosedur pemotongan tersebut. Ia lebih rela menanggung kesakitan dan menjagai orang tuanya.


Penyakit yang dinamakan Macrodystrophia Lipomastosa ini memang bukan suatu perkara baru dalam dunia perubatan. Bahkan beberapa orang yang terkena penyakit ini umumnya mengalami pembengkakan di jari tangan atau kaki.

Sumber : jadiberita.com | mirror


No comments