Malika Sherawat Dan 'Boyfriend' Di Serang Penceroboh Di Perancis
Siapa tidak kenal dengan Mallika Sherawat? Beliau adalah seorang pelakon Bollywood yang pernah mencipta nama dalam bidang lakonan termasuk filem Myth bersama aktor terkenal China, Jackie Chan dan terhangat di negara asalnya, India dengan jutaan pengikut Twitter.
Terkini, beliau bersama teman lelaki warga Perancis telah diserang dengan gas pemedih mata dan sempat dipukul oleh tiga penceroboh yang memakai topeng di luar kediamannya di Paris.
Serangan ke atas dirinya dan Cyrille Auxenfans, 45 dikatakan berlaku setelah beberapa minggu Kim Kardashian dirompak di Perancis.
Serangan itu berlaku pada jam 9.40 malam sebaik sahaja pasangan tersebut tiba di kediaman Auxenfans. Menurut pejabat pendakwa di PariAgnes Thibault-Lecuivre penyerang tersebut bagaimanapun sempat melarikan diri tanpa sempat merampas sedikitpun benda bernilai dari mereka
Menurut akhbar harian Perancis, Le Parisien, penjenayah menutup muka menggunakan kain dan tanpa berkata-kata terus menyembur gas pemedih mata sebelum menumbuk Mallika dan rakannya itu.
Pada 3 Oktober, sekumpulan lima perompak mengikat dan merompak Kardashian di sebuah hotel di Paris dan melarikan barangan kemas bernilai berjuta-juta pound. Walaubagaimanapun kumpulan penjenayah tersebut masih lagi.
Sumber : sinarharian.com.my | Instagram Malika Sherawat

No comments