Info Terkini

Tampal Sticker Seram, Ajar Pemandu Belakang Agar Tidak Guna Lampu Tinggi

Kadang-kadang semasa anda memandu kereta di waktu malam atau siang, anda pernah disuluh 'high-beam' oleh pemandu di belakang. Ini tandanya mereka inginkan anda menukarkan lorong agar mereka dapat mengunakan laluan tanpa perlu memotong kenderaan.
 

Kadang-kadang ada juga pembuli jalanan yang sengaja melakukan perkara yang kurang sopan itu untuk menyangak kereta hadapan. Ini akan membuatkan pemandu hadapan terganggu sedikit dengan perbuatan mereka walaupun telah berada pada lorong yang betul.


Untuk mengelakkan penyalahgunaan lampu tinggi atau 'high-beam' dalam bahasa Inggeris itu ramai pemandu di beberapa bahagian China telah datang berduyun-duyun untuk membeli pelekat cermin belakang versi hantu yang reflektif atau pelekat muka yang menakutkan sekitar harga RM12 sehingga RM80.


Sememangnya manusia memang kreatif dalam merebut peluang dengan mendatangkan ide sebegini. Ide ini adalah untuk TIDAK menggalakkan penggunaan lampu tinggi dengan menakutkan pemandu di belakang melalui pelekat cermin reflektif ini. Bagaimana ia berfungsi? Sebenarnya pelekat cermin reflektif yang menakutkan ini hanya boleh dilihat apabila pemandu di belakang mengaktifkan lampu tinggi mereka.



Polis trafik di beberapa negeri China itu telah memberi amaran agar tidak menggunakan pelekat yang menyeramkan ini kerana ia boleh mengundang kemalangan di jalanan. Polis di Shandong berkata, mereka akan mengeluarkan saman kepada pemandu yang menggunakan pelekat tersebut.


Tetapi lain pula di Beijing di mana polis di sana mengatakan bahawa ia tidak menyalahi undang-undang dalam penggunaan pelekat itu. Tetapi pemandu hendaklah bertanggungjawab ke atas mana-mana kemalangan yang disebabkan oleh pelekat tersebut yang tujuannya untuk menakutkan pemandu lain dengan mereka.

Sumber : mashable.com


No comments