Info Terkini

[SUNGGUH PELIK!!] KUIL TEMPAT MENDOAKAN GADJET-GADJET DI JEPUN

Ramai orang bersetuju bahawa teknologi itu boleh dan mampu berguna tetapi juga mampu membawa malapetaka, mungkin disebabkan anggapan tersebut sebuah kuil di Jepun telah memberikan pelayanan istimewa untuk "memberkati" setiap gajet yang baru saja dibeli oleh pemiliknya.






Kuil Kanda-Myojindi yang terkenal di Tokyo akan "mendoakan" ke atas gajet-gajet setiap pemilikya, terutama untuk komputer dan laptop agar terhindar dari sebarang masalah seperti diserang virus, kerosakan harddisk atau tiada paparan pada monitor mahupun "blue screen".

Untuk melakukan ritual tersebut, pemilik gajet diwajibkan membawa komputer atau notebook ke kuil tersebut. Setelah selesai "diberkati", satu pelakat (berfungsi sebagai jimat) akan diberikan untuk diletakkan di rumah sehingga komputer tersebut tidak akan "kerasukan".

Entah suatu kebetulan atau tidak, letak kuil tersebut sangat berdekatan dengan daerah Akihabara yang terkenal dengan pusat elektronik di Jepun.



Gajet anda sering bermasalah? Mungkin anda memang tidak pandai membaikpulihnya.

Sumber : apakabardunia.com


No comments