Info Terkini

Tubuh Mangsa Bagaikan Cair Beb Bila Terjatuh Dalam Kolam Mata Air Panas Berasid Ini. Bayangkan Bagaimana Keadaannya Ketika Nazak?

Ramai di antara kita memanfaatkan kolam air panas dengan mandi untuk kesihatan diri dan keluarga. Malah ada yang mengatakan penyakit kulit akan sembuh jika mengamalkan mandi di kolam air panas atau lebih dikenali sebagai hot spring. Di negara kita memang banyak tempat-tempat tersebut.


Tetapi awas!! Kolam air panas juga mempunyai bahayanya jika tidak diikuti peraturan pengunaannya. Terbaru yang berlaku di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat telah mengorbankan seorang lelaki berusia 23 tahun. Beliau yang dikenali sebagai Colin Nathaniel Scott Portland, Oregon, itu cuba mencari tempat untuk mandi di mata air panas di situ. Tetapi malangnya beliau tergelincir jatuh dan maut ke dalam air panas yang mendidih itu. Sebelum itu beliau dikatakan cuba untuk 'hot pot' iaitu amalan yang diharamkan berenang di kolam renang terma di Yellostone.

Jun lalu, beliau bersama kakaknya, Sable datang melawat taman tersebut tetapi  mereka kelihatan telah meninggalkan pelantar laluan yang berhampiran mata air panas dan berjalan menuju ke atas bukit di mana dikatakan ada kolam untuk berendam. Colin juga telah masuk ke dalam air itu untuk menguji suhu apabila dia tergelincir.


Aksi tersebut telah dirakamkan oleh kakaknya melalui telefon bimbitnya sepanjang masa sehinggalah Colin jatuh ke dalam kolam dan mati. Tetapi pegawai taman tersebut telah menyimpan rakaman tersebut dari terlepas ke media sosial dan boleh memberikan tekanan kepada keluarga mereka. Menurut laporan polis , yang dikeluarkan melalui Kebebasan permintaan Akta Maklumat, Sable kini mengalami trauma dan kecederaan yang boleh dilihat sendiri.

Sementelah Colin jatuh ke dalam kolam tersebut, maka kumpulan Pencari dan Penyelamat (SAR) pun diaktifkan. Tetapi dalam aktiviti pencarian tersebut terpaksa dihentikan seketika memandangkan ribut petir melanda di tempat kejadian.

Aktiviti menyelamat kemudiannya telah disambung pada keesokan harinya tetapi mereka sungguh terkejut kerana kumpulan pekerja tersebut tidak menemui apa-apa bukti dari tubuh mangsa. Mereka berfikir dan menyimpulkan bahawa kolam itu bukan setakat panas tetapi mempunyai keasidan yang tinggi sehingga boleh mencairkan tubuh manusia apabila terjatuh ke dalamnya.


Sebenarnya, kemalangan seperti itu adalah salah satu dari banyak kejadian yang berlaku di taman tersebut. Mei lepas, ada pelancong Kanada yang menyiarkan cerita perjalanannya di bawah nama aktiviti 'High on Life' telah menghadapi tuduhan jenayah kerana berjalan di atas kolam air panas. Juga di dalam bulan Jun lepas, dua pelancong mengambil seekor anak bison dari taman itu dan memasukkannya ke dalam kereta mereka kerana ia telah ditinggalkan oleh kumpulan itu; bison tersebut akhirnya mempunyai penyakit eutanasia.

Gambar dari  AP Photo | Photo courtesy of the National Park Service

Jadi berhati-hatilah dan awasilah anak-anak anda apabila menggunakan kemudahan kolam air panas. Ikutilah segala arahan dan peraturan agar segala musibah dapat dielakkan. Ingatlah "Malang Tidak Berbau".

Sumber : The Newsroom


No comments