Info Terkini

Biru Sungguh Warna Bayi Ini. INGAT!! Ia Bukanlah Bayi Betul...Ia Adalah Bayi Dari Silikon

Pernah menonton filem Avatar yang dimainkan di pawagam sekitar tahun 2009. Bagi yang pernah itu tiadalah menjadi kehairanan kerana watak hero dan heroinnya adalah bertubuh biru.

Gambar dari babyclonshop.com

Kini sebuah syarikat yang bernama Babyclon dari Sepanyol ini telah mengeluarkan anak patung mereka dan diberi nama Avatar bersempena nama filem tersebut tadi.

Gambar dari babyclonshop.com

Pada awalnya syarikat yang terkenal ini memang dibangunkan khusus untuk merekacipta patung bayi yang nampak seakan-akan bayi betul yang bernyawa. Sekali pandang bayi yang dinamakan sebagai Na-vi Preemie Avatar ini tidak ubah seperti bayi yang "real".

Gambar dari babyclonshop.com

Kesamaannya dengan bayi yang hidup jelas terasa jika anda mencubit bahagian pipi dan bibirnya juga. Tapi bezanya ia mempunyai ekor bahkan tubuhnya juga berwarna kebiruan.

Ahh...tertipu lagi rasanya dengan pipinya yang lembut itu rupa-rupanya ia diperbuat dari silikon yang paling fleksibel, elastik dan kuat. Selama ini syarikat Babyclon sememangnya hanya mencipta patung manusia.

Namun, mutakhir ini syarikat tersebut telah memperlihatkan beberapa video yang memuat tiga bayi Avatar yang sedang tertidur.

Gambar dari babyclonshop.com

Tiba-tiba ia menggemparkan dunia maya. Selain itu, dalam sebuah video ada memaparkan tangan seorang wanita yang menyentuh telinga dan ekor dari ketiga bayi Avatar.

Gambar dari youtube:Silicone baby avatar

Bagi para pengumpul anak patung yang inginkan citarasa yang realistik ini anda boleh dapatkan dengan harga sekitar 1800 euro atau RM8397. Sungguh mahal bukan.

Sumber : babyclonshop.com


No comments