Tekalah Buah Apa Yang Dapat Menongkat Langit? Jawapannya Pisang Tongkat Langit. Harganya Mahal Sekitar RM6.60 Untuk 3 Buah Pisang.
Pisang merupakan sejenis buahan tropika yang mudah kita temui di negara-negara beriklim khatulistiwa. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Pisang juga merupakan buah yang dapat membekalkan tenaga dan mengekalkan gula dalam darah. Ia juga kaya dengan pektin, membuang toksin dan unsur logam berat dari badan. Itu adalah beberapa kebaikan pisang kepada tubuh badan manusia.
Tahukah anda, pokok pisang biasanya akan tumbuh setelah batangnya dipotong dan jangtung pisang akan keluar menggelantung menghala ke bawah apabila tiba masanya untuk berbuah, tetapi apa yang menarik adalah pisang ang dikatakan berasal dari Maluku ini sememangnya berbeza daripada yang lainnya. Tengoklah saja buahnya yang tidak menggelantung ke bawah malah menjulang ke langit.
Pisang Tongkat Langit. Itulah nama yang telah diberikan kepada pisang tersebut kerana melihat kepada keadaan pisangnya yang tumbuh menjulang ke langit, sehingga dinamai Tongka langit yang bermaksud mengarah ke langit.
Selain tumbuhnya yang sangat unik, pisang ini juga memiliki ukuran yang lebih besar dari pisang biasanya. Pohonnya pun tumbuh lebih tinggi seperti bangunan pencakar langit.
“Buah pisang pada biasa kita lihat adalah secara bergantungan, namun kalau buah pisang tongkat langit ini tumbuh ke atas. Ini merupakan ciri khas dari pisang tongkat langit. Pada pisang tongkat langit buahnya cenderung lebih besar dengan panjang buah lebih dari 7 cm sesuai dengan musimnya,” ujar Husni, salah satu panitia Festival Buah dan Bunga Nusantara (FBBN) 2016, di Senayan seperti dipetik dari brilio.net
Di lokasi manakah pisang ini berada? Pisang yang unik ini hanya boleh tumbuh di di Pulau Ambon, Sapurau, Haruku, Nusalaut, dan Seram. Pisang ini akan tumbuh subur pada tanah liat dengan piawaian topografi dan bergelombang pada ketinggian 0-400 meter di atas permukaan laut dan 4-15 darjah serta tahap keasidan tanah sekitar 4.5-7.3.
Pisang ini akan berwarna merah-oren ketika ia masak dan berbuah sepanjang musim. Harga jualannya tentu saja lebih mahal, iaitu sekitar RM6.60 untuk tiga buah pisang dan kerana keunikannya lah membuat pisang tongkat langit itu jauh lebih mahal dari pisang biasa.
Sumber : wewunik.xyz

No comments