Achey Bocey Dikecam!! "Saya Minta Maaf Dan Tak Buat Lagi, Semuanya Pasal SMULE Hingga Saya Hilang Fokus Pemanduan"
Pemanduan kenderaan secara berhemah adalah memberikan tumpuan yang lebih kepada keadaan persekitaran di jalanan. Namun ada sesetengah daripada kita langsung tidak menitikberatkan soal keselamatan diri mahupun famili sepertimana yang telah dipelajari di dalam kelas pemanduan berhemah sebelum menduduki ujian pemanduan. Oleh sebab itu, saban hari mahupun tahun berita berkaitan kemalangan di jalanan tetap ada saja.
Terbaru, Achey Bocey yang juga seorang pelawak tanah air telah mengakui bahawa fokus pemanduannya hilang kerana lebih menumpu perhatiannya kepada Smule. Ini kerana beliau terpaksa melihat lirik lagu yang sedang dimainkan itu dan akibat dari itu, hatinya menjadi alpa dan menganggu proses pemanduan kenderaannya.
"Pengalaman saya tentang fokus ini, apabila saya memandu, kesalahan yang saya lakukan adalah Smule...ini teruk saya kena kecam.
"Ini saya akui memang kesilapan saya, memang ketika itu saya pakai tali pinggang keledar, tetapi fokus saya hilang sebab saya tengok lirik, saya terlupa lirik, jadi bila fikir balik memang satu kesalahan dan saya minta maaf dan tak buat lagi," katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian Siri ke-43 yang berjudul 'Pusara Di Jalan Raya: Sampai Bila? bertempat di Auditorium Sultan Muhammad V, di sini hari ini.
Video Achey dan Rozy menjadi viral apabila aksi Rozy bergandingan dengan Achey ketika menyanyikan lagu itu mendapat sambutan ramai pihak, video yang berdurasi selama 4:35 saat itu berjaya menarik ratusan ribu jumlah tontonan
Namun di sebalik perkongsian itu, ramai pihak yang mengecam Achey kerana dianggap memandu dalam keadaan bahaya kerana Smule. Oleh itu ujar Achey, selepas menyedari kesalahan tersebut, beliau kini hanya akan Smule tetapi tidak semasa memandu.
"Saya masih bersmule tapi saya berhentikan keretalah, tak lagi ketika memandu," katanya.
Sumber : sinarharian.com.my

No comments