Info Terkini

Penumpang Kapal Terbang Terkejut Dapat Makanan Jijik Berlauk LIPAS !!

Melakukan perjalanan yang jauh menggunakan pengangkutan awam seperti kapal terbang memang memenatkan walaupun hanya duduk di bangku selama beberapa jam lebih. Perjalanan yang memakan masa yang panjang ini menjadikan seseorang itu kelaparan. Tetapi usah dikhuatir kerana di dalam pesawat sememangnya ada disediakan makanan dan minuman sama ada dibeli secara terus atau telah tersedia dalam pakej perjalanan.


Apa yang menarik perhatian di sini seorang penumpang yang memulakan perjalanana menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Air India telah meluahkan rasa kesal bercampur kecewanya melalui Twitter. Luahan tersebut dilakukan kerana beliau telah mendapati ada 'benda' yang boleh membuatkan seseorang itu muntah kembali setelah memakan makanan yang diberikan oleh anak kapal tersebut.

Kejadian yang dialami oleh Rahul Raghuvanshi ini terjadi semasa beliau melakukan penerbangan dari Chicago, Amerika Syarikat ke Hyderabad melalui New Delhi. Biasanya seseorang yang melakukan perjalanan yang jauh sudah tentu akan merasai kelaparan dan di tengah perjalanan menuju New Delhi, pramugari pesawat Air India telah menyajikan makanan untuk dirinya.

Seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, Rahul dengan cepatnya memakan sajian dengan serta-merta setelah menu tersebut sampai kepadanya. Tetapi beliau sungguh terkejut ketika beberapa kali menyuapkan makanan ke mulutnya sehinggalah menemui suatu benda aneh yang memiliki kaki-kaki halus dan kecil. Beliau meneliti lagi objek aneh tersebut sama ianya adalah sejenis udang yang boleh dimakan. Tetapi tekaannya adalah tepat di mana objek aneh ini adalah seekor LIPAS.

Apalagi, perkara tersebut memang membuatkan Rahul sudah tawar hati akan menu tadi. Beliau sungguh kesal dan telah membuat satu pos ke akaun Twitter milik beliau bersama menu makanan yang mempunyai lipas tadi. Luahan beliau di media sosial tersebut telah mendapat perhatian netizen dengan komen-komen yang kecewa akan  perkhidmatan syarikat penerbangan itu.


Sehubungan dengan kejadian yang menimpa Rahul tadi, pihak syarikat penerbangan Air India telah membuat permohonan maaf kepada penumpangnya itu dan penumpang-penumpang yang lain jika mempunyai masalah seperti Rahul tadi.

Pihak syarikat penerbangan Air India juga menyatakan telah memanggil pihak polis untuk menyiasat kejadian ini.

“Air India telah mendapatkan komen berkaitan insiden yang boleh dikatakan serius dan telah mengeluarkan notis kepada penyedia menu makanan dengan segera. Kini siasatan terperinci sedang dijalankan.” kata seorang pegawai di India Air.

Sumber : TribunnewsBogor.com


No comments