Info Terkini

Nasib Baik Tidak Bau Bawang, Rupa-Rupanya Bau Buah-Buahan Tubuh Si Hero SRK Ini

Setiap orang selalunya akan menggunakan sabun untuk membersih diri ketika mandi. Selain sabun, ada yang menggunakan lulur atau serbuk kulit kayu rambai untuk menyental dan seterusnya mengharumkan tubuh badan.


Tetapi seorang pelakon Bollywood ini yang telah dikenali ramai dalam filem Kuch-Kuch Hota Hai yang pernah meletup suatu ketika dulu mengakui selama ini ketika mandi tidak pernah menggunakan sabun apatah lagi shampu.

Pengakuan yang penuh mengejutkan oleh aktor Shah Rukh Khan yang berusia 51 tahun ini dibuat ketika beliau diwawancara oleh Anupama Chopra. Beliau berkata hanya menggunakan air sepenuhnya untuk mandi selama dua jam selepas melakukan penggambaran. Selain diwawancara, Shah Rukh Khan bersama Alia Bhatt hadir untuk mempromosikan filem terbaru mereka yang bertajuk 'Dear Zindagi'.

"Apakah perkara yang biasa kamu lakukan setelah penyuntingan filem dibuat?" tanya Anupama.


"Well, biasanya aku mandi selama dua jam. Aku membersihkan diriku sendiri dari filem itu. Aku melakukannya tanpa kesalahan sedikitpun selama beberapa jam. Bukan hanya sekadar mandi dua jam, tapi aku juga tidak pakai sabun dan shampu," ujar Shah Rukh Khan.

Pernyataan Hero Bollywood yang disayangi ramai ini serba sedikit membuatkan Alia Bhatt merasa teruja. Lalu bagaimana caranya sang aktor menjaga kebersihan tubuh dari debu yang menempel dan keringat yang mengering?

"Ya, aku tidak pakai sabun dan shampoo...Secara semulajadinya, badanku ini wangi seperti bau buah-buahan," ujar Shah Rukh Khan.


Wawancara bersama Shah Rukh Khan ini telah mengejutkan ramai pihak terutamanya tetamu yang hadir kerana selama ini pada fikiran mereka adalah suatu kejanggalan  bagi setiap orang sama ada lelaki mahupun perempuan tidak menggunakan sabun ketika mandi.

Sumber : kapanlagi.com


No comments