Info Terkini

"Satu Tangan Saja? Ya, Dengan 1 Tangan Ini Sajalah, Aku Dapat Hantar 400 Barangan Dalam Masa 15 Jam"

China mempunyai hari perayaan khusus untuk sesiapa saja yang masih berstatus bujang. Hari Orang Bujang atau "Single's Day" disambut dengan sebuah pesta yang dihadiri hanya pemuda dan pemudi yang masih tiada pasangan atau bujang.


Walaupun mereka masih bujang, ini tidak bermakna mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka akan merayakan status diri mereka menjadi suatu perkara yang boleh dibanggakan. Hari Orang Bujang juga menjadi satu hari di mana jualan dalam talian meningkat secara drastik. Ia bolehlah disamakan dengan jualan pada Black Friday.

Gambar dari Shanghaiist

Jualan dalam talian yang meningkat secara mendadak itu membuatkan negara China memecahkan rekod jumlah barangan yang akan dihantar ketika hari tersebut. Anda jangan terkejut kerana jumlahnya barangan yang akan dihantar untuk pelanggan adalah sebanyak 1 trillion.

Gambar dari Shanghaiist

Gambar dari Shanghaiist

Justeru itu, pihak kurier memang sangat memerlukan jumlah pekerja yang ramai bagi membuat penghantaran barangan pada hari-hari tersebut. Dalam ramai-ramai pekerja kurier ini, Wang Xiaoliang telah menjadi pemuda inspirasi kerana telah berjaya menghantar 400 barangan dalam masa 15 jam sahaja.

Gambar dari Shanghaiist

Pemuda yang berusia 27 tahun telah menarik perhatian dan menjadi viral dengan kecekalannya bekerja dan mengharungi jalanan demi menyampaikan barangan yang dipesan kepada pelanggan walaupun dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja.

Seperti yang dipetik dari Shanghiist, kehilangan lengan kanannya berpunca dari satu kemalangan di jalanraya yang dihadapinya ketika berusia 20 tahun. Biasanya seseorang akan menghadapi kemurungan dan kesedihan kerana kehilangan anugerah Ilahi.

Mana tidaknya ia serba sedikit menganggu kehidupan yang dulunya normal tetapi kini dianggap cacat. Tetapi dengan semangat dan kecekalan yang tinggi, Wang telah mengambil keputusan bekerja sebagai kurier di Xiangyang, China.

Gambar dari Shanghaiist

Menggunakan satu tangan, Wang terus belajar untuk memandu kenderaan bagi menghantarkan semua barangan pesanan pelanggannya. Beliau juga tidak suka membuang masa dan diisi dengan mempelajari bagaimana menulis pesanan dan nota-nota menggunakan tangan kirinya.

Bayangkan sekiranya dulu beliau menggunakan tangan kanan untuk menulis tetapi kini tugas itu terpaksa diambil alih oleh tangan kirinya. Sememangnya ada sedikit kesukaran yang timbul dan mahu atau tidak Wang terpaksa menyesuaikan dirinya dengan keadaan tersebut.

Gambar dari Shanghaiist

Ketika "Single 's Day", Wang mula bekerja pada pukul 5 pagi sehingga 10 malam. Masa rehatnya adalah untuk makan tengah hari bersama sebiji epal. Walaupun begitu, Wang juga dianggap sebagai orang yang kuat bekerja dan tidak tertakluk kepada mana-mana perayaan. Dalam setahun, beliau cuma bekerja sebanyak 350 hari dan tidak pernah menikmati hari minggunya. Walaupun begitu, beliau hanya mengambil cuti semasa Pesta Musim Bunga.

Sumber: shanghaiist.com


No comments