Info Terkini

Doktor Terkejut!! Wanita Ini Boleh Hidup Dengan Makan Plastik Selama Bertahun-Tahun. Sedih Sungguh Kisah Benar Ini.

Beberapa orang doktor dari Regional Hospital Solan, India amat terkejut setelah melihat suatu benda yang pelik di dalam perut seorang wanita yang berusia 52 tahun. Wanita yang bernama Tara Devi itu telah dimasukkan ke hospital akibat mengadu kesakitan pada bahagian perut.

Gambar dari YouTube/PunjabKesari TV

Setelah ujian dilakukan ke atas Tara, pasukan doktor tadi mendapati bahawa beliau telah memakan plastik sehingga perutnya dipenuhi dengan gumpalan plastik.

Seperti yang dimaklumkan oleh seorang jiran kepada doktor, Tara yang juga menghadapi masalah bisu dan pekak hanya tinggal seorang diri di rumahnya yang begitu kotor.

Satu hari jirannya mendapati beliau tengah tengah mengerang kesakitan dan segera membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ketika di hospital, para doktor telah menemukan gumpalan aneh di dalam perutnya sehingga memutuskan untuk melakukan pembedahan.

Gambar dari YouTube/PunjabKesari TV

Pembedahan itu berjalan dengan lancar dan doktor telah menjumpai satu gumpalan berupa benang yang kusut dari karung guni palstik. Beberapa benang plastik itu membentuk seperti sarang burung dan menyumbat usus Tara.

Benang itu telah diukur dan panjangnya sekitar 213cm dan itulah punca Tara mengalami kesakitan di bahagian abdomennya.

Doktor juga membuat kesimpulan bahawa untuk menjadikan gumpalan itu membesar di dalam perut Tara, ia mengambil masa bertahun-tahun dan apa yang doktor jelaskan itu ada benarnya kerana menurut jirannya lagi, Tara sememangnya tinggal seorang diri tanpa ada yang memerhatikan beliau.

Kelaparan yang dihadapinya menjadikan Tara memakan benang plastik sedikit demi sedikit demi kelangsungan hidupnya tanpa mendapatkan bantuan disebabkan bisu dan pekak yang dialaminya itu.

Gambar dari YouTube/PunjabKesari TV

Akhirnya setelah pembedahan itu berjaya dilakukan, keadaan Tara sudah stabil dan mula menunjukkan sihat.

Sumber : wewunik.xyz


No comments