Info Terkini

Lif Sedang Jatuh!!! 4 Perkara Ini Boleh Selamatkan Anda Ketika Dalam Situasi Genting

Malang tidak berbau dan tiada sesiapa pun di dunia ini tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kemalangan juga boleh berlaku di mana-mana saja tanpa anda sedari sama ada di meja makan, di dapur, di taman, di pejabat mahupun bilik air. Apappun selalu kita berwaspada dan berhati-hati dan meletakkan kepasrahan kepadaANYA setelah kita berusaha untuk mencegahnya dengan mengikut semua peraturan-peraturan agar tidak mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.


Dengan kata lain, tiada seorang pun di dunia ini yang pernah hidup dengan aman dari sesuatu bahaya hidup hatta tercucuk duri di tubuh pun di kira suatu kemalangan kecil. Namun begitu, ada baiknya kita tahu bagaimana cara untuk kita bertindak agar boleh keluar dengan selamat dalam situasi yang genting sebagai contoh teperangkap di dalam lif yang sedang jatuh.

Mesin angkut atau lif ini kini banyak digunakan sama ada di pasaraya, pejabat, bangunana kondominium malah rumah pangsa yang sampai berpuluh-puluh tingkat tingginya. Namun begitu lif juga merupakan sebuah mesin yang boleh rosak dan boleh mengundang kemalangan jika tidak diselenggara dengan baik sekali. Sekiranya situasi seperti lif sedang jatuh, anda masih lagi dapat melakukan 4 perkara ini agar dapat keluar dengan selamat.

1. JANGAN BERDIRI TEGAK
Berdiri tegak bukanlah cadangan yang baik jika di dalam situasi begini. Ini kerana daya tarikan graviti akan membuatkan berat badan anda meningkat sepuluh kali ganda yang mana impaknya akan turun ke kaki ketika lif terjatuh.


Perkara ini boleh mendatangkan kelukaaan yang sangat parah pada kaki anda nanti. Jika ada pengadang atau tempat berpaut di dalam lif, anda bolehlah berpegang untuk menjaga keseimbangan.

2. JANGAN MELOMPAT
Dalam keadaan lif jatuh bebas seharusnya anda tidak boleh melompat. Jika anda fikir bahawa melompat itu boleh mengurangkan kecepatan ketika jatuh, itu adalah suatu kesilapan yang harus dielakkan. Anda juga tidak akan mengetahui ketika mana anda melompat bahagian tubuh mana yang akan terkena permukaan terlebih dahulu.


Anda tidak akan mendapat keseimbangan yang maksimum sewaktu melompat. Discovery Channel juga telah lama membuktikan bahawa anda tidak perlu melompat ketika dalam lif yang jatuh.

3. POSISI TERBAIK KETIKA LIF JATUH


Ketika anda merasai bahawa lif itu sedang jatuh, maka segeralah berbaring secara telentang di lantai lif. Dalam kedudukan seperti ini, hentakan atau impak jatuhan lif tersebut akan tersebar ke seluruh tubuh.

4.  JIKA RAMAI PENGGUNA DI DALAM LIF
Jika anda bersama dengan pengguna-pengguna di dalam lif yang sedang jatuh, perkara terbaik yang anda lakukan adalah duduk di lantai. Dalam posisi ini, bebanan pada tulang akan berkurang jika dibandingkan anda berdiri.


Ini kerana  perkara ini juga dapat membantu untuk mengurangi kekuatan impak pertembungan. Tetapi apa yang lebih penting lagi adalah berdoa semoga anda diberikan keselamatan sehingga dapat keluar dengan selamat.

Sumber : tribunnews.com


No comments