Info Terkini

Libby Miliki 6 Ribu Tumor Dan Mahu Dicintai Seadanya. Siapakah Yang Sudi Bersamanya?

Cinta sejati yang lahir dari hati yang putih adalah sukar ditemui pada zaman yang mencabar fikiran ini. Semuanya bergerak dengan keadaan yang cepat sehingga ada yang terlepas pandang.

Jadi jika impian anda untuk memiliki cinta yang sejati yang berada betul-betul di depan mata, maka usahakanlah, zahirkanlah dan dekatilah dengan penuh harapan kepada tuhan agar ia menjadi milik kita.

Gambar dari Cater News Agency

Alangkah bahagianya jika cinta sejati itu dilalui bersama orang yang kita sayang, tidak kira suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik mahupun kaum kerabat sudah tentu menciptakan kenangan yang manis dalam sebuah kehidupan yang sementara ini.

Begitulah harapan dan impian yang tinggi menggunung seperti yang didambakan oleh seorang perempuan dari Amerika Syarikat ini Libby Huffer yang telah didiagnosis Neurofibmatosis sejak berumur 5 tahun lagi.

Gambar dari Cater News Agency

Seperti yang sedia maklum Neurofibmatosis adalah sejenis penyakit kulit yang begitu jarang berlaku di mana ia yang menyebabkan benjolan tumor non-kanser. Penyakit ini disebabkan oleh mutasi genetik dan menyebabkan tumor di seluruh saraf kulit, otak dn bahagian-bahagian lain badan.

Benjolan-benjolan tumor yang terdapat pada badannya bukan setakat tujuh, lapan atau sembilan sahaja, malah ianya sekitar 6 ribu tumor yang hampir menutupi seluruh tubuh badannya. Adanya tumor yang sebitu banyak ini serba-sedikit membuatkan dirinya kurang bermotivasi.

Gambar dari Cater News Agency

Apabila menjenguk kehidupan awalnya adalah dalam keadaan normal dan riang dalam menjalani hidup bersama keluarga tetapi itu bukanlah selamanya sehinggalah perubahan itu berlaku ketika diusia remaja.

Pada ketika itu, ratusan benjolan mulai tumbuh dan memenuhi kulitnya silih berganti. Akibat dari fenomena penyakit yang melanda dirinya, sedikit sebanyak menganggu fikirannya dan menjadi masa bulian orang.

Yang lebih menyayat hatinya terjadi ketika Libby mengandung anak sulungnya pada 1993. Hormon kehamilan yang dikeluarkan oleh badannya telah membuat tumor tersebut berkembang-biak sehingga ribuan benjolan muncul. Kini, beliau sangat menderita akibat penyakit tumor yang dihaidapinya ini.

Sehubungan itu, beberapa sesi pembedahan telah dilalui dengan begitu sabar tetapi semua keputusannya yang didapati tidak memihak akan dirinya.

Harapan terakhirnya adalah menjalani sessi rawatan doktor pakar untuk menghilangkan ribuan tumor berkaitan. Libby juga sejak akhir-akhir ini terpaksa memberanikan diri bagi memperlihatkan keadaan dirinya. Semua itu adalah dilakukan untuk mencari derma untuk mengubati dirinya.

Gambar dari Cater News Agency

"Tumor ini boleh tumbuh di mana-mana saja, sekarang ia pasti telah mencapai lebih dari 5,500 ribu," ujar Libby yang berprofesi sebagai jurufoto ini. Libby mengatakan pada anak-anak di sekitarnya bahawa dia telah dicium oleh malaikat. Sedangkan, orang-orang dewasa sering tidak memahami situasinya dan ini membuatnya perlu menjelaskan pada mereka.

"Tumor yang ada pada punggung ini benar-benar membuatkan saya terasa sangat sakit dan susah untuk tidur, meskipun sudah minum 13 jenis ubat," jelasnya.
Tumor-tumornya akan mengakibat dirinya terasa sakit ketika mana beliau dipeluk atau terkena air. Selama ini Libby selalu mengenakan baju berlengan panjang untuk menutupi kulitnya.

Kini, Libby tengah mengumpulkan dana untuk melakukan pembedahan electrodesication. Pembedahan ini akan menggunakan tenaga listrik untuk membunuh jaringan sel neurofibroma. Operasi itu juga akan mengambil masa selama 5 jam dan ini membuatkan kesakitan pada dirinya itu hilang.

"Hidup saya akan berubah secara drastik jika saya menjalani operasi ini," tambah Libby.

Sumber : huffingtonpost.co.uk




No comments