Info Terkini

Hahahaha!! Puas Hatiku Beli Kereta Baru Dengan Duit Syiling

Adalah suatu kebanggaan sesiapa sahaja yang dapat memiliki atau membeli kenderaan baru. Selain itu satu kepuasan juga bagi setiap hati pemilik kenderaan jika pembelian itu tidak menggunakan khidmat bank.

Dengan kata lain, pembelian dibuat secara "total" atau bayaran penuh kepada penjual. Amat sukar untuk kita melihat seseorang dapat membeli kenderaan dengan bayaran penuh.

Gambar dari REX

Tetapi jika kita menjengah ke negara China, ada suatu perkara yang menarik perhatian di ZhengZhou. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Guo telah membawa banyak wang berupa syiling yang telah diisinya ke dalam guni ke salah sebuah pengedar kenderaan di situ dengan harapan dapat membeli sebuah Toyota Prado.

Beliau telah membawa bersamanya 100,000 ribu duit syiling 1 yuan, 50 sen dan 10 sen bagi membeli kenderaan impiannya itu. Tidak ketinggalan beliau juga ada membawa wang kertas bernilai 1 yuan setiap satu.

Gambar dari REX

Sebaliknya, pengedar kenderaan jenama Toyota tidaklah merasakan ia suatu kejutan dan menerima nilaian wang yang dibawa oelh Guo untuk membeli Toyota Prado. Tetapi sebelum kenderaan itu dapat dijualkan kepada Guo, empat pekerja pengedar kenderaan tersebut terpaksa memerah otak dan tenaga untuk mengira jumlah wang syiling.

Gambar dari REX

Pengiraan tersebut akhirnya memakan masa selama 12 jam untuk diselesaikan.

Sumber: metro.co.uk


No comments