Info Terkini

Tertipu Oleh Rupa, Lelaki Ini Rela Terjun Dari Tingkat 5 Bila Lihat Wajah Sebenar Aweknya.

Perkenalan di antara kaum Adam dan Hawa pada masa ini lebih bercirikan konsep maya berbanding zaman dahulu yang meminta alamat rumah untuk tujuan surat menyurat setelah berlaku pertemuan kali pertamanya.

Sebahagian wanita dan lelaki sekarang sememangnya amat suka menggunakan media sosial untuk berkenalan seramai yang mungkin tidak kira atas dasar apa perkenalannya itu wujud. Mungkin perkenalan sesama manusia di alam maya tersebut atas dasar mencari kawan, urusan perniagaan, urusan perubatan, perkongsian hobi, penyelesai masalah dan lain-lain lagi.

Selain itu, ramai juga yang menggunakan media sosial untuk mencari cinta dan jodoh yang sejati. Manakala kaum perempuan pula suka memberikan atau memuat naik gambar-gambar yang boleh dikatakan 'cun' habis untuk menarik minat sang kumbang memulakan sapaan di laman sosial berkaitan.

Jika "sang kumbang sudah melekat pada kelopak bunga", sudah tentu mereka mahukan hubungan tersebut secara lebih mendalam lagi agar kelangsungan cinta mereka membawa ke jinjang pelamin akhirnya.

Gambar dari The Coverage

Tetapi adakah percintaan di internet itu membawa ke dunia perkahwinan pada akhirnya? Oh!! Ia tidak semestinya ia berakhir di jinjang pelamin. Malah ada yang putus cinta dan mungkin ekstrem lagi hingga membunuh diri.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang bernama Chew Kok, di mana rela membunuh diri kerana menjalinkan hubungan jarak jauh dengan kekasihnya.

Kisah sadis ini bermula ketika beliau berkenalan dengan kekasihnya, Ella Fister (bukan nama sebenarnya) melalui media sosial. Beliau begitu teruja dengan rupa paras yang cantik sepertimana di dalam gambar pada media sosial milik Ella.

Seperti yang sedia maklum. mereka pun terus menjalinkan hubungan cinta sepenuhnya melalui media sosial tersebut tanpa pernah bertemu empat mata.

Setelah lima bulan mereka memadu kasih melalui media sosial, akhirnya kedua merpati sejoli ini mengambil keputusan untuk bertemu buat pertama kalinya di salah sebuah pusat membeli belah.

Namun, indah khabar dari rupa, Chew tidak menyangka cinta kasih mata airnya di media sosial itu rupa-rupanya memiliki wajah yang tidak seperti yang digambarkan. Ia berbeza dengan foto "si bunga hatinya".

Chew seolah-olah merasakan dunia ini sudah "gelap" dan dengan perasaan kecewa serta tertipu telah mebuatkan hatinya mengambil keputusan membunuh diri dengan melakukan satu loncatan dari aras lima dalam sebuah pusat membeli belah.

Gambar dari The Coverage

Diketahui bahawa Ella Fister sememangnya obses untuk memiliki wajah yang cantik dan mempunyai kegilaan dalam menggunakan aplikasi suntingan gambar  bagi mendapatkan hasil yang didambakannya.

Kepada mereka yang diluar sana jadikanlah kisah benar ini sebagai iktibar dalam mencari jodoh mahupun kenalan. Jujur dan jadilah diri anda sendiri kerana hubungan ini adalah hubungan hati dan sesiapa pun tidak mahu ditipu hidup-hidup serta membuang masa begitu sahaja.

Sumber : thecoverage.my




No comments