Info Terkini

EEEiii!!! Aku Tak Makan Kuih Tu...Naik Kembang Pipi Pulak Rasanya, Nak Muntah Pun Ada Bila Tengok Makanan Ini.

Islam menuntut agar umatnya mencari makanan yang sesuai dengan kehendak tubuh dan fitrahnya. Tapi makanan tersebut adalah dari jenis dan sumber yang halal dan menenangkan. Makanan juga mempengaruhi minda, akhlak seseorang dan doa juga. Jika doa kita belum diperkenankan adalah baik kita menyemak dahulu dari segi makanan dan sumber yang diperolehi.


Sebagai contoh, ayam yang dimasak itu jika dimakan nampaknya adalah halal tetapi yang menjadikannya haram adalah kerana sembelihannya tidak menyebut nama Allah atau membeli ayam tadi menggunakan wang hasil dari perjudian atau mencuri. Itu adalah dari dari segi hukum syarat. Bagaimana dengan makanan di bawah ini? Bagi yang bukan beragama Islam, adakah anda sanggup merasainya.



Ini pula lain kisahnya di zaman maklumat yang tidak bertepi di mana seorang juru kulinari, Annabel de Vetten yang berasal dari Inggeris telah menghasilkan suatu pengalaman baru dalam mengecapi kuih-muih yang jika dilihat mungkin anda termuntah. Jika anda merasakan sesuatu dari perut anda ingin keluar melalui mulut atau muntah namanya...ini adalah berpunca dari makanan yang berbentuk menjijikan yang anda lihat secara spontan.



Sebenarnya Annabel membuat makanan-makanan tersebut dari bahan yang berasaskan coklat dan campuran yang dikatakan halal untuk dimakan. Ya, benar bahan buatannya adalah halal, tetapi makanan yang halal itu menyerupai bentuk yang haram sememangnya haram hukumnya.

Menurutnya lagi, makanan tersebut mempunyai citarasa yang sensasi yang tersendiri sekiranya sesorang menjamah dan merasai hasil buah tangan yang mempunyai variasi. Mungkin pandangan pertama anda melihat gambaran itu agak kotor dan menyeramkan tetapi lidah anda sebenarnya tidak mampu berbohong bahawa makanan-makanan yang dibuatnya itu adalah lazat.


Bagaimana ianya bermula? Sebenarnya Anabelle telah mendapatkan inspirasi dari filem seram bersama seni alternatif, keahliannya menciptakan bentuk yang menyeramkan dari mengikuti latihan di seni rupa dan taxidermy. Anabelle kemudiannya membuka sebuah kedai makanan khusus untuk masyarakat yang ingin mencuba sensasi "seram di dalam mulut" ketika mana memotong kek.


Kedai kuihnya juga diberi nama Conjurer's Kitchen dan ia telah beroperasi pada tahun 2011 dan sehingga kini telah menerima pesanan dari siaran televisyen yang memamparkan kisah seram sehinggalah ke sampai muzium.

Sumber : cecilialimm.blogspot.my | conjurerskitchen.com


No comments