ADOOIII...RESUME KE "RECYCLE BIN" LAGI!! BACA 10 TIPS INI JIKA POHON KERJA MELALUI EMAIL.AMBIL BERATLAH PADA NOMBOR 3 DAN 10.
Belajar...belajar dan belajar. Tup...tup dah habis dan dikurniakan ijazah. Kini anda adalah seorang graduan universiti. Tibalah masanya untuk anda memohon pekerjaan setelah berehat lebih sebulan memerap di rumah. Naik turun bangunan Jabatan Tenaga Kerja, mendaftar di agensi pekerjaan dan merujuk surat khabar serta melayari ruangan website yang menyediakan peluang kerjaya telah anda lakukan dengan penuh bersemangat dan keterujaan agar setiap permohonan tersebut mengena.
Aktiviti di atas bolehlah disimpulkan seperti memancing di sungai. Anda semestinya tidak tahu apakah pekerjaan yang dipohon itu dapat memberikan peluang temuduga kali pertama dalam hidup ini. Apapun yang penting anda telah mencuba sedaya upaya dan peganglah tagline ini "Kegagalan anda adalah kerana tidak mencubanya".
Ramai orang yang bergraduasi. Bergambar sakan dengan kawan sambil melontar 'mortar board' ke atas tanda telah merdeka dari jerit perih menuntut ilmu. Tetapi kegembiraan itu tidaklah lama bertahan kerana setelah itu anda akan mengerahkan segala keringat untuk mencari peluang pekerjaan di luar sana. Seperti biasa, cara orang lama-lama adalah dengan merujuk iklan kerja pada surat khabar dan menulis surat kepada syarikat berkaitan memohon pekerjaan. Cara itu kadang-kadang mengena dan ia boleh dikatakan lapuk. Kini, anda tidak perlu bersesak-sesak di pejabat pos untuk menghantar surat 'kerja'. Hanya menggunakan hujung jari saja, surat tersebut telah sampai ke syarikat yang dikehendaki.
Biasalah, apabila tiada pengalaman kerja, semestinya pengalaman memohon pekerjaan pun tiada. Perkara pertama yang biasa kita lakukan untuk memohon kerja adalah menghantar resume melalui email kepada syarikat yang dikehendaki. Tetapi malangnya, mungkin ramai yang tidak sedar beberapa kesalahan yang mereka lakukan sewaktu membuat permohonan tersebut. Walaupun kesilapan itu dianggap kecil, tetapi ia adalah besar pada perspektif syarikat yang anda mohon untuk bekerja kerana dari situ mereka dapat mengukur secara kasar tahap pemikiran seseorang calon.
Menerima sesuatu email permohonan rasmi dari graduan adakalanya membuat majikan menggaru kepala dan menepuk dahi. Ini kerana hampir 90% permohonan melalui email tidak dibuat secara rasmi. Malah email permohonan tersebut seolah-olah ingin dihantar kepada rakan-rakan dengan bahasanya tidak tersusun atur.
Oleh itu marilah memeriksa senarai yang mesti diambil jika menggunakan teknologi email untuk menghantar resume memohon pekerjaan:
1. NAMA AKAUN EMAIL
Seharus dan sepatutnya anda buatlah satu akaun email baru dengan nama yang baik-baik dan sopan. Ini kerana dengan nama akaun email tersebut ia mencerminkan keperibadian graduan tersebut. Nama akaun email ala-ala hipster atau gothic tidak sesuai langsung digunakan apabila membuat permohonan rasmi.
2. MENGHORMATI PRIVASI SYARIKAT
Dalam menghantar email memohon pekerjaan, anda hendaklah menghormati privasi syarikat yang bakal menerima email anda. Sekiranya ingin menghantar kepada lebih dari satu syarikat, letakkan alamat email anda sendiri pada ruang TO, dan alamat email penerima-penerima yang ramai itu pada ruang BCC BUKAN CC.
3. HINDARI MALAS
Pandangan peringkat awal sebaik sahaja majikan sesebuah syarikat menerima email permohonan, mereka akan melihat adakah syarikat lain pada ruangan CC yang anda hantar melalui email yang sama ini. Jika ada, kemungkinan besar anda bernasib malang kerana mereka akan mengabaikan resume anda tanpa melihat sedikit pun kandungannya ataupun dibiarkan sebagai calon simpanan. Ini kerana 'CC' itu menandakan anda seorang yang malas. Memang benar, teknologi dicipta untuk mempercepatkan penghantaran tetapi teknologi juga tidak boleh mencipta 'naluri' perspektif majikan yang mempunyai rasa ingin dihormati.
4. TUJUAN EMAIL
Sebolehnya-bolehnya, tulislah tujuan email anda seringkas yang mungkin atau "straight to the point". Sebagai contoh "Permohonan Latihan Industri" atau "Permohonan Jawatan Kosong" atau "Permohonan Jawatan Jurutera Elektrik". Ini penting kerana syarikat menerima pelbagai email dalam sehari. Dengan menulis tujuan email, anda membantu majikan mengetahui tujuan email tersebut dihantar kepada mereka.
5. TUNJUKKAN KESOPANAN
Kesopanan tidak perlu ditunjukkan melalui cara pemakaian pada peringkat awal permohonan melalui email. Penyerlahan kesopanan dengan menghantar email mengandungi kata-kata ucapan selamat dan penutup yang sopan dan ceria. Ingat ini adalah "email rasmi" dan bukannya email kepada rakan-rakan anda. Ucapan penghargaan akan memberikan tambah nilai email yang dihantar.
6. NYATAKAN TUJUAN DENGAN TEPAT
Nyatakan tujuan menghantar email tersebut dalam ruangan yang disediakan dengan ringkas dan tepat. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi adalah berkesan dalam mengelakkan ketidakfahaman apabila majikan membacanya. Adalah sesuatu yang pantang jika email itu ditulis menggunakan kependekan perkataan seperti "dgn", "sbg" "yg" "sykt" dan seumpamanya. Ingat, email rasmi ini bukan untuk rakan-rakan anda.
7. NYATAKAN TARIKH
Sekiranya anda memerlukan jawapan segera, atau mempunyai tarikh akhir untuk menghantar borang, nyatakan di dalam email tersebut tarikh yang diperlukan supaya penerima peka adanya tarikh yang perlu diikuti.
8. PAPARKAN INISIATIF ANDA
Jika mempunyai pelbagai borang yang perlu diisi oleh syarikat, gunakan inisiatif dengan mengisi sendiri borang tersebut.
9. PASTIKAN FAIL YANG DIHANTAR BOLEH DIBACA
Jika menghantar lampiran fail, pastikan ia dari fail yang boleh dibaca. Ini menjimatkan masa syarikat untuk memuat-turun fail anda. Namakan fail sesuai dengan isi kandungan dan nyatakan juga kandungan fail tersebut. Contohnta Fail 'Resume Mohd Firdaus' mengandungi butiran peribadi dan pengalaman pelajar.
10. HUBUNGI SYARIKAT
Setelah anda menghantar email tersebut, pastikan perkara terakhir ini dilaksanakan untuk memastikan email anda tadi telah diterima atau sebaliknya. Ini menunjukkan kesungguhan anda dalam memilih syarikat berkaitan dan sebagai perhatian oleh pihak majikan untuk menilai permohonan itu.
Permohonan pelajar melalui email mencerminkan IPTA dan IPTS itu sendiri. Ramai tenaga pengajar melatih pelajar membuat permohonan rasmi. Cuma tidak ramai yang mengetahui rupa sebenar pelajar menghantar email mereka.
Selamat berjaya dan tahniah seandainya permohonan anda diterima dan bekerjalah dengan penuh dedikasi serta selalu bersyukur.
Sumber : says.com

Contoh kesilapan 1
Membuatkan ramai majikan mengabaikan resume apabila pelajar atau graduan
kerap menghantar email kepada ratusan majikan serentak.
4. TUJUAN EMAIL
Sebolehnya-bolehnya, tulislah tujuan email anda seringkas yang mungkin atau "straight to the point". Sebagai contoh "Permohonan Latihan Industri" atau "Permohonan Jawatan Kosong" atau "Permohonan Jawatan Jurutera Elektrik". Ini penting kerana syarikat menerima pelbagai email dalam sehari. Dengan menulis tujuan email, anda membantu majikan mengetahui tujuan email tersebut dihantar kepada mereka.
Contoh kesilapan 2
Apabila majikan mendapat email begini yang terpapar banyak majikan.
Apalagi, mereka delete terus.
5. TUNJUKKAN KESOPANAN
Kesopanan tidak perlu ditunjukkan melalui cara pemakaian pada peringkat awal permohonan melalui email. Penyerlahan kesopanan dengan menghantar email mengandungi kata-kata ucapan selamat dan penutup yang sopan dan ceria. Ingat ini adalah "email rasmi" dan bukannya email kepada rakan-rakan anda. Ucapan penghargaan akan memberikan tambah nilai email yang dihantar.
6. NYATAKAN TUJUAN DENGAN TEPAT
Nyatakan tujuan menghantar email tersebut dalam ruangan yang disediakan dengan ringkas dan tepat. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi adalah berkesan dalam mengelakkan ketidakfahaman apabila majikan membacanya. Adalah sesuatu yang pantang jika email itu ditulis menggunakan kependekan perkataan seperti "dgn", "sbg" "yg" "sykt" dan seumpamanya. Ingat, email rasmi ini bukan untuk rakan-rakan anda.
Contoh kesilapan 3 :
Bagaimana syarikat hendakkan pekerja seperti ini atau calon ini dari golongan berfikiran rendah?
Lihat saja nama akaun yang digunakan.
7. NYATAKAN TARIKH
Sekiranya anda memerlukan jawapan segera, atau mempunyai tarikh akhir untuk menghantar borang, nyatakan di dalam email tersebut tarikh yang diperlukan supaya penerima peka adanya tarikh yang perlu diikuti.
8. PAPARKAN INISIATIF ANDA
Jika mempunyai pelbagai borang yang perlu diisi oleh syarikat, gunakan inisiatif dengan mengisi sendiri borang tersebut.
Email ini akan membuatkan warga sesebuah institusi pendidikan bangga.
Kandungannya menceritakan segala apa yang dimohonkan.

No comments