Info Terkini

Bosan? "Tidaklah Walaupun Dah Tujuh Tahun Asyiela Jadi Upin Dan Ipin. Malah Lebih Seronok. Betul...Betul...Betul."

Rasa-rasanya ada lagi yang tidak mengenali Asyiela Putri ini yang berumur 16 tahun. Beliau adalah pemilik asal suara kartun animasi yang hangat kini iaitu Upin dan Ipin dengan taglinenya "betul...betul...betul". Biarpun umur rancangan kartun tersebut hampir menjangkau tujuh tahun, beliau masih lagi menabur suaranya untuk rancangan tersebut malah tidak sesekali merasai bosan.


Beliau sendiri memberitahu bahawa watak Upin dan Ipin itu jelas sudah sebati dengan dirinya walaupun jika dilihat empunya suara sudah tentu ramai yang menyangka beliau masih lagi berumur dalam lingkungan 9 atau 10 tahun tetapi kini sudah semakin menginjak remaja.

“Tak pernah pula saya rasa bosan bawa watak ini sebaliknya saya lebih seronok kerana Upin & Ipin ini sudah seperti sebahagian diri saya.

Gambar dari fb Asyiela Putri

“Sejak usia 10 tahun saya dah ‘jadi’ mereka, rasanya memang tak ada timbul rasa bosan cuma tak dinafikan kadang-kadang sedikit penat sebab saya masih bersekolah,” katanya kepada Astro Gempak.

Gambar dari imgrum.net

Mengenai pengalihan suara, Asyiela memberitahu dia perlu menjiwai skrip yang diberikan untuk mendapatkan mood yang betul.

“Ya memang orang yang tak nampak reaksi muka ingatkan kerja itu mudah, tapi sebenarnya tidak seperti yang disangka kerana perlu bermain dengan intonasi suara.
\
Gambar dari ink361.com

“Bagi saya bahagian yang sedikit sukar adalah apabila kena menangis, saya kena tukar mood untuk jadi sedih.

“Sebab biasanya Upin, Ipin terkenal denagn sikapnya yang ceria jadi bila kena jadi sedih rasa sukar sikitlah. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya lakukan dengan tunjuk ajar pelakon-pelakon lain,” ujarnya.

Sumber : astrogempak.com.my


No comments