Info Terkini

Aksi Letupan Dalam MAKRIFAT CINTA Buat Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri

Syamsul Yusof yang terkenal sebagai pelakon dan pengarah berbakat telah mengalami kepatahan pada bahu kirinya ketika menjalani sesi pengambaran untuk filem barunya, Makrifat Cinta.

Seperti yang dimaklumkan oleh Syamsul sendiri, kemalangan tersebut berlaku sekitar 6.30 petang Selasa (22 Nov 2016) ketika melakonkan aksi letupan untuk naskhah terbitan Dhanawood Films Sdn Bhd.


Walaubagaimanapun, beliau dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di salah sebuah hospital di ibu negara.

Menurut Syamsul lagi, untuk melakonkan watak aksi dalam babak letupan tersebut itu sebenarnya tidaklah sesukar mana memandangkan ianya selalu dilakukan dalam beberapa lakonan sebelum ini seperti dalam KL Gangster dan babak berkenaan tidak memerlukan pelakon lagak ngeri.

Gambar dari Instagram syamsulyusoffilm

"Ketika kejadian, saya sedang melakonkan aksi melutut di tanah dan di hadapan saya pula pelakon Nora Danish yang sedang terbaring.

"Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora.

Gambar dari Instagram syamsulyusoffilm

"Ketika itulah pergerakan badan saya tidak begitu stabil menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Ia menyebabkan rasa sakit yang amat sangat," katanya dipetik BHOnline.

Syamsul berkata, doktor mengesahkan bahawa bahunya patah dan retak di sebelah kiri.

"Sepatutnya saya direhatkan di hospital, tetapi saya meminta izin untuk berehat di rumah saja. Saya turut dinasihatkan agar tidak melakukan banyak pergerakan," ujarnya lagi.

"Penggambaran baru saja bermula 12 hari lalu dan saya masih mempunyai dua minggu lagi untuk dihabiskan. Kalau keadaan bertambah baik, insya-Allah saya akan meneruskan kerja saya dan sekiranya tidak, terpaksalah saya mengambil cuti panjang sikit," katanya.

Gambar dari Instagram syamsulyusoffilm

Sementara itu, ditanya mengenai pembabitannya dalam syarikat produksi lain bersama pengarah baharu, Syamsul yang sering menjayakan filem terbitan syarikat Skop Productions milik bapanya sendiri berkata, naskhah bercorak romantik itu mampu menguji lakonannya.

Sumber : sinarharian.com.my | bharian.com.my


No comments