Info Terkini

TIDAK SIA-SIA TEPUNG GANDUM BUAT CEKODOK BOLEH PULIHKAN KULIT TERBAKAR

Bagaimanakah rasanya apabila anggota badan anda terkena air mendidih atau tertumpah minyak panas? Aduhhh…sungguh pedih dan menyekit sekali kulit luaran dan daging di sekitar anggota badan yang terlibat tadi.


Macam-macam cara yang akan anda cuba jika sekiranya kejadian tersebut terjadi. Ada yang menggunakan aliran air paip untuk mencegah anggota dari melepuh. Ada juga menggunakan jeli gamat untuk menyejukkan tempat luka atau melepuh dan seterusnya meredakan keradangan pada anggota yang terkena minyak panas dan pelbagai lagi petua dan cara yang ada dalam menanggani kes berkaitan.

Namun begitu, pernahkah anda mendengar bahawa tepung gandum yang digunakan untuk membuat kuih mahupun cekodok dapat meredakan keradangan kulit melepuh akibat terkena air atau minyak panas? Mungkin ini kali pertama anda mendengarnya dan bagi yang telah tahu mereka akan menyimpannya di kabinet dapur atau dalam peti sejuk.

Hendak dijadikan cerita, seorang rakan bernama Aizat (bukan nama sebenar) telah memasak ubi kayu dan untuk menentukan ia masak atau tidak beliau telah menggunakan garpu untuk dicucuk pada ubi kayu tersebut. Malangnya, garpu tadi telah terlepas dan tangannya terus masuk ke dalam air yang mendidih itu.

Apalagi satu jeritan yang kuat akibat kesakitan itu telah menyedarkan rakan serumahnya dari tidur. Lantas rakannya tadi bangun untuk melihat apa yang terjadi. Dengan cepat dia telah membuka bekas simpanan tepung gandum dan membenamkan tangan Aizat tadi yang terkena air mendidih itu selama 10 minit. Dalam pada itu, rakan Aizat tadi memberitahu bahawa tips tersebut diperolehi dari chatting rakannya di Vietnam. Tambahnya lagi, terdapat seorang lelaki disambar api dan dalam keadaan panik, mereka telah melemparkan beg tepung ke seluruh tubuh beliau untuk memadamkan api. Akhirnya, ia bukan sahaja memadamkan api itu, tetapi dia tidak sama sekali melepuh.

Setelah 10 minit berlalu, Aizat menarik keluar tangannya tadi dari bekas tepung gandum dan ternyata tiada kesan-kesan merah atau melecur dan ia  benar-benar menyakitkan. Dek kerana kejadian malang itu, mereka telah menyediakan 2 bungkus tepung gandum sebagai persediaan pada masa-masa kecemasan dan diletakkan di dalam peti sejuk.

Tepung yang sejuk adalah lebih baik daripada tepung suhu bilik. Sesekali jika lidah anda terbakar akibat menghirup air yang panas maka cepat-cepatlah meletakkan tepung gandum tersebut di atasnya selama kira-kira 10 minit. Inshaa Allah, kesakitan terus hilang dan tiada tanda terbakar.


Sebagai pengetahuan, tepung gandum sebenarnya adalah medium penyerap haba dan juga mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi. Oleh yang demikian rawatlah dengan segera jika kulit anda melecur dengan menggunakan tepung gandum. Sesungguhnya, tidak sia-sia Allah jadikan tepung gandum bukan sekadar menjadi bahan makanan tetapi banyak manfaat yang boleh kita dapatinya.

Sumber : globalherbal-solusi.blogspot.com



No comments