Info Terkini

[ALLAHU AKBAR !! ]ANAK YANG TIDAK BERKIRA-KIRA DENGAN ORANG TUA, PASTI BERKAT HIDUPNYA.

Di dalam Al-Quran dan Hadis ada menyebut perkara berbaktilah kita kepada ibu bapa. Sama ada mereka masih hidup atau telah pergi menghadap Ilahi, tetap kita sebagai seorang anak menjalankan tanggungjawab untuk berbuat baik kepada mereka.

Selalunya, kita sering disajikan dengan cerita-cerita atau cerekarama tentang bagaimana akibat jika mengabaikan kedua-dua orang tua. Sudah pasti anda tahu di kesudahan ceritanya, di mana suatu kesusahan yang bertimpa-timpa datang dalam hidup si anak yang derhaka. Tiada gunanya jika si anak mempunyai wang berjuta-juta ringgit namun berkira-kira atau terus melupakan orang tua yang membesarkannya.

Namun begitu, jika seorang anak memenuhi seluruh kehidupannya dalam menjaga orang tuanya, sudah tentu "DUNIA" akan mengikut di belakangnya. Hidup jadi berkat walaupun mempunyai kesusahan. Tetapi percayalah di dalam kesusahan itu ada kemudahannya seperti yang Allah janjikan dalam firmannya di dalam Al-Quran yang mulia.


Untuk itu, marilah sama-sama jika baca suatu kisah perkongsian dari Ruhaiza Rusmin yang memperolehi kemanisan dalam menjaga orang tuanya. Semoga beliau dan famili diberkati oleh Allah.
.
Beginilah kisahnya...

Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru-paru pada 2001, kesihatan beliau mula turun naik. Sepanjang tempoh itu..arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah..walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun..tetapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.
.
Sepanjang arwah sakit..selain abah dan adik-adik yang menjaganya..saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga orang sakit ni tapi suami saya akan marah sekiranya saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukannya kawan-kawan awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.
.
Suatu hari..semasa di kampung..arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya..arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan.." buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis..benda kecil je".
.
Ketika itulah juga..saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata-kata yang tidak mungkin kami lupakan sampai bila-bila
.
" Ya Allah..ini adalah anak-anak aku yang berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak-anak aku yang tidak pernah berkeluh kisah. Inianak-anak aku yang sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Saksikanlah...aku berikan keredhaan aku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas-luasnya rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu.
.
Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata-kata akhirnya yang disampaikan pada abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak-anaknya, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak-anak mereka tidak berhutang satu dosa pun padanya.
.
Untuk sahabat yang bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya berkahwin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yang suka menumpang pada kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu berkat doa dan keredhaan seorang ibu.
.
Saya selalu nasihatkan pada sesiapa...jangan berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin...saya langsung tidak ambil pusing berapa yang suami saya peruntukkan untuk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika...suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pada ibunya sebagai hadiah. Memang rasa sedikit terkilan tetapi suami saya beritahu...redhalah.Nanti akan ada rezeki lebih luas untuk kami.

Sebenarnya...untuk memperoleh pahala..tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua...berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet...atau seperti kebudak-budakan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.
.
Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yang akan membuka lorong-lorong rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inssha Allah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita.


Pembaca yang budiman, Allah itu Maha Kaya, Maha Luas RezekiNYA dan Maha Mengasihi. Bolehkah anda semua bayangkan jika Allah berkira-kira dengan kita? Anda pasti tahu jawapannya. Dunia ini hanya sementara, akhiratlah selama-lamanya..


Sumber : FB Sahabat Mahkamah Syariah




No comments